Memaparkan catatan dengan label Blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blog. Papar semua catatan

03 April 2015

Dalam siri artikel Bagaimana buat duit online Dengan Blog ini, saya telah menghuraikan tentang bagaimana seseorang itu boleh buat duit online dengan menggunakan komputer, internet dan sebuah blog. Saya telah menerangkan tentang apa persediaan yang perlu, perancangan serta topik yang hendak ditulis dan dari mana sumber buat duit online blog anda.


Duit Online Dengan Blog
Realitinya, begitu banyak blog yang wujud setiap hari, dan banyak jugalah blog-blog yang mahu buat duit online. Ada yang menyatakan buat duit online dengan blog ini susah. Benarkah begitu? Bagi saya, ianya agak mudah dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja jika kriteria-kriteria berikut dipenuhi.

Usaha Berterusan

Nampak saja kata usaha, ramai yang akan menyamakannya dengan susah — satu bentuk mentaliti yang menyekat langkah untuk anda buat duit online. Saya percaya usaha yang berterusan itu tidak susah, cuma perlu konsisten. Ambil masa sejam atau dua jam sehari untuk menulis pada blog anda. Sambil melayari facebook dan membaca blog lain, anda boleh menulis artikel untuk blog anda.

Seperti yang saya nyatakan pada artikel Penulisan Artikel, hasil penulisan anda tidak perlu panjang. Hanya 400 – 500 patah perkataan pada perenggan yang pendek sudah memadai. Ambil masa enam hingga lapan bulan untuk konsisten dalam penulisan. Jika anda boleh bertahan sepanjang itu, tidak mustahil anda akan berjaya buat duit online dengan blog anda. Susah? Tidak. Jika anda lakukannya dengan beterusan, sudah pasti boleh.

Minat

Dalam apa juga yang kita lakukan, tanpa minat ia hanya akan menjadi paksaan kepada diri sendiri. Jika anda tidak berminat untuk buat duit online dengan blog, tidak perlulah anda membuang masa untuk mewujudkannya. Minat menulis blog juga perlu ada, kerana tanpa isi yang baik, blog anda tidak akan menambat hati pengunjung.

Minat buat duit online dengan blog ini tidak perlulah mendalam sangat. Cukup jika kita mampu menulis dan menimba pengetahuan dengan teknik dan cara buat duit online dengan blog atau dari sumber lain.

Perancangan Masa Depan

Strategi dan perancangan seterusnya mesti ada pada blog buat duit online anda. Mungkin anda bermula dengan menayangkan iklan. Mungkin selepas itu anda boleh berjinak-jinak dengan program pemasaran affiliate pula. Terokai bidand-bidang baru yang boleh anda masuki untuk menambah pendapatan online anda.

Seperti yang telah saya nyatakan tadi, blog anda perlu diteruskan selama enam hingga lapan bulan agar hasilnya dapat dilihat. Jika anda telah memberikan usaha yang konsisten dan beterusan untuk blog buat duit online anda, saya percaya anda akan dapat buat duit online dengan blog anda. Selamat berblog dan buat duit online


02 April 2015

Dalam perniagaan, promosi merupakan strategi yang penting. Begitu juga dengan blog. Untuk buat duit online dengan blog, promosi yang baik akan membawa ramai pelawat mengunjungi blog anda. Tujuan utama promosi ialah untuk membawa lebih ramai pelawat berkunjung ke blog anda dan ini secara langsung akan meningkatkan pendapatan buat duit online buat anda. Berikut adalah beberapa cara promosi blog.

The Most Popular Traffic Exchange1. Forum

Terdapat banyak forum untuk anda ikuti dan promosikan blog anda. Forum seperti lowyat dan Cari Forum biasanya mempunyai ramai pengunjung yang berpotensi untuk melawat blog anda. Ini akan menambah jumlah pelawat ke blog buat duit online anda. Caranya ialah anda paparkan link ke blog anda pada bahagian Signature anda dan sambil anda berforum, ahli forum yang lain akan melihat link ke blog anda dan mungkin akan melawat ke blog anda.

2. Kunjungi dan Komen Blog Lain

Lawat dan komen pada blog lain untuk promosi blog anda.
Ambil masa untuk melawat blog-blog lain dan cuba berikan komen pada artikel atau penulisan mereka. Pada kebiasaannya, untuk memberi komen, anda perlu mengisi nama, e-mel dan alamat laman web. Anda boleh meletakkan alamat blog anda. Lebih banyak komen yang anda beri, maka lebih ramai yang tahu tentang kewujudan blog anda.

3. Bertukar Link Dengan Blog Lain

Anda juga boleh berhubung dengan penulis blog yang lain dan bertukar-tukar link dengan mereka. Anda boleh berhubung dengan penulis blog yang lain dan bertukar link dengan mereka. Ini adalah salah stau cara promosi dan buat duit online yang baik.

4. Menjadi Penulis Tamu

Anda juga boleh menjadi penulis tamu bagi blog orang lain. Anda boleh menghubungi pemilik blog yang mempunyai ramai pengunjung dan menulis untuk blog mereka. Pemilik blog biasanya akan mengalu-alukan anda untuk menulis kepada mereka. Ini cara yang baik untuk menghubungkan blog anda dengan blog tersebut.

5. Facebook

Jika anda pengguna facebook, lampirkan link blog anda pada wall anda ataupun letakkan pada profile anda agar dapat dilihat oleh rakan-rakan anda. Ramai yang menggunakan facebook untuk promosi blog mereka dan buat duit online.

6. Laman Web Sosial

Letakkan link ke blog anda pada laman web sosial seperti twitter, digg, mySpace, Youtube, Reddit, del.icio.us, stumbleUpon, hi5, frienster dan sebagainya. Ia juga merupakan cara yang berkesan agar anda akan dapat buat duit online dengan blog anda.

7. RSS

Promosi blog
Galakkan pelawat anda untuk melanggan RSS feed anda. Ia merupakan cara ringkas dan mudah untuk pembaca blog mengetahui sebarang kemas kini dan penulisan terbaru blog anda. Pelanggan RSS anda akan dapat mengikuti perkembangan blog anda melalui RSS sahaja.

Promosi blog amat penting dalam proses buat duit online. Ia seperti mengiklankan blog anda agar dapat diketahui oleh orang lain dan seterusnya berkunjung ke blog anda. Lebih ramai pengunjung maka lebih baiklah proses buat duit online anda. Tanpa promosi, anda tidak akan dapat buat duit online dengan blog anda.

Pada artikel akan datang, saya akan memberikan beberapa tips untuk mengekalkan blog anda dan bagaimana memotivasikan diri anda untuk terus berblog. Selamat berblog dan buat duit online !


01 April 2015

Saya beranggapan yang anda kini ada sebuah blog dan mahu buat duit online dengan blog tersebut. Pada artikel kali ini, saya akan menerangkan beberapa cara yang mudah dan berkesan untuk buat duit online dengan blog anda. Kaedah-kaedah ini digunapakai oleh ramai penulis blog untuk buat duit online dengan blog mereka.


Paparan Iklan

Salah satu cara buat duit online dengan blog yang paling mudah ialah dengan memaparkan iklan. Ada banyak pilihan iklan yang boleh dijadikan sumber pendapatan blog. Berikut adalah beberapa pilihan utama yang sering digunakan pada blog-blog untuk buat duit online.

1. Google Adsense

Iklan adsense
Adsense oleh Google merupakan cara mudah untuk buat duit online dengan blog anda. Ia merupakan pilihan utama untuk pengiklanan di blog-blog serta laman web berinfomasi. Adsense memaparkan iklan berbentuk teks dan grafik yang berkaitan dengan isi kandungan blog anda. Sesiapa pun boleh memohon untuk memaparkan iklan Adsense secara percuma. Jika anda selalu melayari internet, anda mungkin sudah biasa melihat iklan jenis ini. Ini kerana ramai yang telah menggunakan Adsense untuk buat duit online dengan laman web mereka. Anda akan mendapat bayaran setiap kali pelawat blog mengklik pada iklan Adsense. Maka, lebih ramai pelawat blog, lebih banyak klik — dan klik inilah yang akan buat duit online untuk anda.

2. Nuffnang

Iklan dengan nuffnang
Nuffnang merupakan agensi pengiklanan blog di Asia Pasifik. Ia sama seperti Google Adsense tetapi hanya memaparkan iklan pada blog. Iklan yang ditayangkan oleh Nuffnang berbentuk imej grafik dan video. Iklan yang ditayangkan biasanya bersesuaian dengan kandungan blog anda. Sebelum memaparkan iklan Nuffnang, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Untuk mengenali Nuffnang dengan lebih lanjut, anda boleh berkunjung laman web mereka dan mula buat duit online dengan iklan mereka.

3. Chitika

buat duit iklan dengan chitika
Chitika ialah sistem pengiklanan yang berbeza dengan Adsense, di mana ia memaparkan iklan berdasarkan carian internet yang dilakukan oleh pelawat sehingga dia sampai ke blog anda. Jika anda mempunyai ranking yang tinggi pada enjin carian google untuk satu-satu carian, Chitika merupakan pilihan yang baik untuk buat duit online dengan blog. Akan tetapi ia hanya memaparkan iklan yang berkaitan dengan carian dan tidak semestinya apa yang dipaparkan di blog anda.


Program Affiliate

Satu lagi cara yang baik untuk buat duit online dengan blog anda ialah dengan mengikuti program-program affiliate. Pada program tersebut, anda akan menjadi wakil pemasaran produk-produk orang lain. Setiap kali anda berjaya melakukan jualan, anda akan diberi komisen. Terdapat banyak program affiliate yang boleh anda ikuti. Saya hanya akan menulis tentang beberapa laman yang saya sendiri ikuti.

1. ClickBank

Sumber Duit Online
Clickbank merupakan pedagang barangan digital yang terbesar di internet. Anda boleh menjadi affiliate dan memilih lebih dari 500,000 produk digital untuk dipromosikan. Ramai ahli affiliate ClickBank telah mendapat pulangan komisen yang lumayan hanya dengan mempromosikan barangan orang lain. Anda juga boleh berbuat begitu dengan blog anda. Anda boleh membuat ulasan produk di blog anda. Ini salah satu cara yang mudah untuk buat duit online dengan blog. Cuma buat ulasan dan tampilkan affiliate link ke produk tersebut.

2. SFI

SFI merupakan pusat program affiliate yang memberi tool-tool kepada affiliate, contohnya pembelajaran, pemasaran, perniagaan online mahu pun offline dan sebagai nya. Mereka mempunyai lebih 500,000 Affiliate dan bergabung dengan Tripleclicks yang merupakan Pusat Dagangan yang mempunyai lebih daripada 800,000 barang. Anda boleh mendapat manfaat dengan program ini kerana boleh mendapat pendapatan melalui pelbagai sumber.

3. Jomniaga

duit online dengan jomniaga
Jomniaga merupakan laman web e-dagang dan pemasaran affiliate Malaysia. Ianya baru sahaja dilancarkan dan sudah menerima ramai penyertaan dari penulis-penulis blog yang mahu buat duit online. Konsepnya sama seperti ClickBank tetapi kebanyakan produk digital yang dipasarkan adalah dalam Bahasa Melayu. Ia merupakan peluang anda buat duit online dengan produk-produk digital keluaran Malaysia.

Begitulah serba sedikit tentang sumber-sumber yang boleh anda gunakan untuk buat duit online dengan blog anda. Untuk mendapatkan sumber-sumber yang lain untuk buat duit online anda boleh buat carian diblog ini.. Selamat berblog!


31 Mac 2015

Pada artikel yang lepas, saya telah menjelaskan tentang bagaimana mencari topik khas untuk blog buat duit online. Kali ini saya akan cuba menjelaskan bagaimana untuk mempersiapkan blog buat duit online buat anda.

Secara asasnya, penyediaan dan pendaftaran sebuah blog amat senang dan sesiapa pun yang tahu menggunakan internet boleh melakukannya dengan mudah dalam masa yang amat singkat.

Ada banyak laman web yang menyediakan perkhidmatan blog percuma. Pada artikel ini saya akan menjelaskan tentang dua platform blog yang paling banyak digunakan, iaitu blogger.com dan juga wordpress.com atau wordpress.org. Kedua-duanya adalah platform blog percuma yang paling banyak digunakan, tetapi wordpress.org ada kelainan kerana anda perlu berbelanja sedikit.


Buat Duit Online Dengan Blog Menggunakan Blogger

Persiapan Blog dengan blogger
Ada berjuta-juta pengguna internet yang menggunakan blogger sebagai wadah menulis blog. Dalam bidang buat duit online juga, telah ramai yang berjaya menjana pendapatan dengan blog yang menggunakan blogger.

Daripada pengalaman saya, memang mudah buat duit online dengan blogger, tetapi tidaklah semudah 1, 2, 3. Ia memerlukan usaha dan masa juga. Saya percaya anda juga boleh buat begitu. Untuk mendaftarkan blog dengan blogger, apa yang diperlukan hanyalah e-mel. Hanya klik pada butang Get Started, dan anda boleh mengisi maklumat yang diperlukan. Ianya lebih senang jika anda mempunyai akaun gmail, tapi anda juga boleh menggunakan e-mel yang lain seperti e-mel peribadi atau e-mel kerja.

Semasa proses mendaftar, anda akan diminta mengisi e-mel, nama pengguna dan kata laluan. Selepas itu, akan akan diminta memberikan nama dan URL (alamat internet). Tulis URL dan tajuk bedasarkan topik yang anda pilih untuk ditulis pada blog buat duit online anda. Sebagai contoh, jika anda ingin menulis blog tentang penjagaan kulit, anda boleh meletakkan “title” blog anda sebagai Tips Penjagaan Kulit dengan URL seperti tipspenjagaankulit.blogspot.com atau tips-penjagaan-kulit.blogspot.com. Ini akan memudahkan enjin carian seperti google dan Yahoo! untuk mengenalpasti blog anda. Ia juga memudahkan pembaca untuk menjumpai blog anda semasa melakukan pencarian.

Selesai sahaja pendaftaran, pilih rekabentuk antaramuka atau template yang sesuai dengan topik blog anda. Bagi saya, pilih template yang simple agar senang dibaca oleh pengunjung. Ia juga memudahkan pembaca untuk melihat sepintas lalu blog anda sebelum membacanya. Pastikan latar belakang blog anda berwarna cerah dan tulisannya berwarna gelap agar senang dibaca. Selesai proses pendaftaran dan persiapan blog, anda bolehlah mula menulis artikel pada blog buat duit online anda.


Buat Duit Online Dengan Blog Menggunakan WordPress.com

Persiapan Blog dengan wordpress
Sama seperti blogger, wordpress.com adalah laman web yang menyediakan blog percuma. Anda boleh membuat URL sendiri dan pastikan ia juga berkait dengan topik yang anda pilih, seperti yang telah saya jelaskan pendaftaran blogger.

Proses pendaftarannya hampir sama tetapi wordpress.com mempunyai banyak kelebihannya. Salah satu daripadanya ialah blog anda akan dijana oleh wordpress, iaitu platform blog yang sangat terkenal. Anda boleh memilih banyak template yang telah disediakan. Ia juga dilengkapi dengan pelbagai jenis plug-in (sama seperti aksesori tambahan) agar blog anda dapat menjadi lebih baik. Saya juga menggunakan wordpress.com sebagai tempat buat duit online dengan blog dan ianya amat berkesan. Anda boleh mencubanya sendiri.


Buat Duit Online Dengan Blog Menggunakan WordPress.org

Persiapan Blog dengan wordpress,org
Ya, wordpress juga. Tetapi berbeza dengan wordpress.com (yang satu dot.com, yang ini dot.org). WordPress.org ini adalah platform blog terbuka yang perlu dihoskan sendiri. Bagi saya, ini adalah cara yang terbaik untuk buat duit online dengan blog, iaitu mempunyai domain dan hos berbayar sendiri.
Namun, sekiranya anda orang baru dalam menulis blog, blogger dan wordpress.com cukup memadai kerana kedua-duanya adalah platform blog yang sangat baik.

Untuk menggunakan platform blog wordpress dengan nama laman web sendiri seperti evolutionincome.we, anda perlu membeli nama domain sendiri seperti yang ada .com, .net, .org, .we dan sebagainya, dan dihoskan oleh pembekal perkhidmatan internet. Tapi, anda harus ingat bahawa nama domain yang anda mahu daftarkan itu mestilah sama atau berkait dengan topik blog anda. Contohnya, jika blog buat duit online anda bertopik tentang tips menjaga kesihatan, anda boleh buat domain seperti tipsjagakesihatan.we.

Sekiranya anda ingin mendaftarkan nama domain dan perlukan server hosting, saya sangat menggalakkan anda untuk membelinya dari Website.ws. Saya sudah mempunyai banyak nama domain dan laman web dari mereka dan berasa sangat puas hati dengan perkhidmatan yang disediakan. Di samping itu anda akan mendapat faedah pendapatan melalui program GDI - Global Domains International-, maklumat lanjut klik sini. Untuk permulaan, anda boleh membeli Personal & Student Web Hosting dengan kadar rendah tahunan/bulanan. Blog wordpress dapat dibuat dengan mudah menggunakan skrip install Softaculous yang sudah disediakan pada cPanel domain anda.

Banyak yang boleh diperkatakan tentang pengunaan wordpres. Mungkin pada masa akan datang saya akan menulis dengan lebih panjang lebar lagi tentang bagaimana untuk buat duit online dengan blog wordpress dengan nama domain sendiri. Pada siri yang akan datang, saya akan memperkatakan tentang cara menulis blog untuk buat duit online.


30 Mac 2015

Sebelum menulis untuk blog yang akan buat duit online, anda perlu memilih satu topik khas yang ingin ditulis. Perlu diingat bahawa topik khas yang ingin anda tulis mestilah sesuatu yang mampu menarik minat pembaca untuk berkunjung ke blog anda dan kembali lagi pada masa-masa akan datang (kalau boleh, setiap hari)


Pemilihan topik sama pentingnya dengan perancangan awal untuk blog buat duit online yang anda tulis. Ada banyak perkara yang boleh difikirkan untuk menentukan topik yang dipilih. Ia berbeza bagi setiap penulis blog dan perlu berkait rapat dengan kehidupan seharian anda. Jika tidak, apa yang anda tulis itu tidak akan menarik dan tidak ada keasliannya.

Pemilihan Topik Blog Buat Duit Online

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh menjadi panduan dalam pemilihan topik yang akan anda tulis pada blog yang bertujuan untuk buat duit online untuk anda.

1. Minat dan kecenderungan.

Tiada siapa pun yang arif tentang minat dan kecenderungan sendiri selain tuan empunya diri. Jika, misalnya, anda minat memasak, anda boleh kongsikan resepi dan cara memasak di blog anda. Lebih baik jika disertakan gambar serta video kerana ia bukan sahaja menarik minat pembaca malah akan mengajak pembaca untuk berada di blog anda lebih lama.

Perkara-perkara yang anda cenderung untuk buat dan amat minati memang senang ditulis kerana ia datang secara semulajadi kepada anda. Jika anda selalu menonton drama-drama TV, contohnya, ia juga boleh dijadikan topik blog, di mana anda boleh menulis komen dan kritikan sendiri terhadap drama yang telah ditonton.

Jika minat serta kecenderungan anda lebih dari satu atau dua, senaraikan sahaja semuanya dan teliti yang mana satu boleh ditulis dengan baik dan sekaligus dapat menarik pengunjung datang ke blog anda.


Pemilihan Topik buat duit2. Kerjaya

Bidang kerjaya yang diceburi amat sesuai untuk dijadikan asas untuk pemilihan topik blog yang ditetapkan untuk buat duit online anda. Sekiranya anda seorang guru, anda boleh menulis tentang cara-cara pembelajaran yang berkesan dan boleh memberikan tips-tips yang berguna untuk pembaca.

Kredibiliti seorang penulis itu lebih baik jika apa yang ditulis itu bersesuaian dengan kerjayanya. Akan tetapi, bukan semua bidang kerjaya boleh dijadikan topik blog. Maka, pilihlah asas topik blog yang lain yang berkait dengan minat dan kecenderungan anda, seperti yang telah saya nyatakan di atas.

3. Hobi

Semua orang ada hobi masing-masing. Jika anda mempunyai hobi yang menarik, anda boleh berkongsi melalui blog buat duit online anda. Sebagai contoh, anda mungkin minat mengumpul barangan antik, anda boleh menulis tentang sejarah barang-barang antik yang anda miliki dan berkongsi maklumat tentang cara-cara penjagaan barangan antik. Jika anda seorang yang minat memancing, mungkin anda boleh menulis tentang pengalaman anda memancing dan juga tentang pelbagai kaedah memancing.

Seorang yang suka melancong boleh menulis tentang tempat-tempat yang telah dikunjungi yang boleh menjadi panduan pembaca.

Hobi yang menarik akan menarik perhatian ramai pengunjung. Ia juga memberi peluang kepada anda untuk berinteraksi dengan pembaca yang mempunyai hobi yang sama. Ini sekaligus dapat memberi inspirasi kepada anda untuk menulis lagi dengan lebih kerap.

4. Pekerjaan Sambilan Selain Dari Kerjaya Tetap

Mungkin anda seorang ahli pemasaran Multilevel Marketing (MLM). Anda boleh menulis topik blog mengenai produk-produk yang anda pasarkan. Jika anda seorang jurugambar sambilan, topik blog anda sudah semestinya mengenai fotografi. Kongsikan pengalaman dan tips-tips yang menarik tentang kerjaya sambilan anda. Pasti ramai yang akan mengunjungi blog anda dan dapatlah anda buat duit online dengan hanya menulis tentang pekerjaan sambilan anda.

5. Isu Semasa

Anda mungkin seorang yang amat berminat dengan isu-isu semasa dan menjadi salah seorang yang dapat memberikan komentar yang baik tentang sesuatu isu. Anda boleh menulis tentang pendapat dan komentar anda tentang isu-isu semasa di blog. Pelbagai isu yang boleh anda tulis pada blog buat duit online anda. Contohnya, isu politik dan kemasyarakatan yang menjadi bualan media. Selain itu, isu-isu sosial dan hiburan juga boleh anda tulis. Sesiapa pun mempunyai hak kebebasan bersuara di internet, asalkan ianya dibatasi oleh etika yang baik. Biasanya, jika anda menulis tentang isu semasa, ramai yang akan turut serta dalam perbincangan atau perdebatan tentang isu yang anda utarakan. Ini akan menjadikan blog anda dilawati dengan kerap. Cuma, pastikan isu yang dibincangkan atau didebatkan itu tidak melibatkan pelanggaran undang-undang dan peraturan yang ada.

6. Perkara Yang Anda Benar-Benar Ambil Berat

Anda mungkin seorang pencinta alam sekitar dan mahu mengajak ramai yang lain untuk turut serta dalam kempen memelihara alam sekitar. Atau, anda inginkan agar tradisi dan budaya dikekalkan dan dipelihara. Blog boleh menjadi medium yang baik untuk tujuan itu. Ia mampu menarik ramai pembaca yang mempunyai pemikiran yang serupa dengan anda.

Saya yakin anda mengunjungi bermacam-macam jenis blog setiap kali melayari internet. Blog yang berjaya menarik minat anda sememangnya akan menjadi kunjungan anda dengan kerap. Bagaimana jika anda penulis blog tersebut? Apakah yang anda fikirkan boleh anda tulis dengan baik, mampu menarik minat pengunjung, dan membolehkan anda buat duit online? Fikirkan satu topik sahaja yang boleh dicabangkan kepada perkara-perkara lain yang masih berada dalam skop yang sama. Tulis pada buku nota atau kertas sebagai panduan.

Suka saya ingatkan lagi bahawa blog yang anda akan tulis ialah blog untuk buat duit online dan bukan untuk suka-suka. Ini bisnes sambilan baru anda; anda mahu mendedikasikan masa dan usaha anda agar blog ini berjaya menjana pendapatan yang memberansangkan.

Pada siri yang akan datang, saya akan menulis tentang bagaimana menubuhkan sebuah blog yang baik dan menarik dengan meggunakan blogger, wordpress.com dan wordpress.org. Selamat berjaya!


29 Mac 2015

Blog sudah sinonim dengan kehidupan moden. Blog telah menjadi sumber berita dan maklumat terkini. Ramai yang sudah menggunakan kelebihan ini untuk menjana pendapatan. Pada siri artikel ini, saya akan cuba memberi maklumat lengkap tentang bagaimana anda boleh buat duit online dengan hanya menggunakan blog.

Sesiapa pun yang ada komputer dengan capaian internet boleh buat duit online, tapi di sini saya tidak akan menulis tentang buat duit beberapa ringgit sahaja. Jika anda benar-benar mahu buat duit online yang boleh menambah pendapatan anda sehingga berlipat ganda, anda perlu menetapkan minda pada sasaran yang betul dan membuat perancangan yang berkesan. Dengan set minda yang begitulah anda akan dapat menjana pendapatan dengan internet, atau buat duit online.


Ketetapan Minda

Jika anda berfikir untuk hanya menulis blog untuk suka-suka sahaja dan hanya menulis tentang kehidupan harian anda, tidak perlulah anda membaca terus artikel ini. Jika anda seorang selebriti atau jelitawan dan rupawan yang terkenal, tidak ada masalah untuk menulis tentang di mana dan apa yang anda lakukan malam semalam; kerana itu yang pengujung anda teringin nak tahu. Tapi, jika anda seperti saya – bukan rupawan yang hanya memiliki senyuman menawan – anda harus menulis tentang apa yang ingin dibaca oleh pengunjung sasaran anda.

Untuk buat duit online dengan blog, anda harus menetapkan minda bahawa anda bahawa anda menulis blog untuk menjana pendapatan. Blog anda dibuat agar ia boleh buat duit online untuk diri anda. Konsepnya sama dengan bisnes konvensional yang mana anda perlu menawarkan barangan atau perkhidmatan yang dikehendaki oleh pelanggan. Jika tidak, pelanggan tidak akan datang ke kedai anda. Bagi blog pula, anda perlu menulis artikel tentang maklumat yang pengunjung ingin tahu dan minati agar ia mampu menarik pelawat ke blog anda. Jumlah pengunjung akan menentukan sama ada anda mampu buat duit online atau sebaliknya.


Perancangan buat duit online
Perancangan Buat Duit Online

If you fail to plan, you plan to fail – jika anda gagal untuk merancang, anda merancang untuk gagal – itulah mentera yang sering disebut apabila memulakan sesuatu perkara. Untuk buat duit online, anda perlu ada perancangan. Usaha tanpa perancangan adalah usaha yang sia-sia. Perancangan yang tepat dan berkesan akan membawa hasil yang setimpal dengan usaha anda. Oleh itu, ambil pen/pensil dan kertas, atau buka Microsoft Word, dan mulakan dengan menjawab persoalan-persoalan berikut.


  1. Apa tujuan anda menulis blog? – Pada masa ini, dinggarkan ada 50 juta blog. Pada asasnya, tujuan anda menuliskan adalah untuk buat duit online. Tapi, anda juga harus jelas kenapa blog anda perlu kerana ia akan menentukan hala tujunya.
  2. Apa topik yang anda ingin tulis? – Tentukan apa topik yang anda ingin tulis. Pilih topik yang anda minati agar anda tidak bosan dan terhenti begitu sahaja.
  3. Siapa sasaran anda? – Kumpulan sasaran perlu ada. Ini akan menentukan bagaimana cara anda menyampaikan maklumat dan siapa yang akan mengunjungi blog anda.
  4. Bila dan berapa kerap anda menulis? – Setiap hari? Setiap minggu? Apa yang penting ialah anda perlu menulis dengan kerap agar pengunjung sentiasa mendapat maklumat terkini dari blog anda.
  5. Bagaimana anda mempromosikan blog anda? – Untuk buat duit online dengan blog, promosi amatlah penting. Tanpa promosi hanya sedikit sahaja pengunjung yang bertandang ke blog anda, mungkin hanya rakan facebook anda sahaja.

Semua persoalan ini dapat dijawab dengan carian google sahaja, tetapi setiap blog yang boleh buat duit online mestilah unik dan mempunyai perancangan tersendiri. Anda boleh membuat sumbang saran (brainstorm) dan membuat perancangan dengan teliti sebelum bermula. Sebagai lanjutan siri ini, persoalan-persoalan di atas akan saya kupas dalam artikel pada masa akan datang.

Harus diingat bahawa buat duit online tidak bermakna buat duit segera seperti skim cepat kaya. Duit online anda tidak akan datang dalam masa yang singkat. Usaha anda perlu dirancang dan konsisten. Jika tidak, usaha anda akan terhenti di tengah jalan. Sebuah blog – jika berperancangan, konsisten dan menarik – memerlukan masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk mendatangkan pendapatan yang boleh dibanggakan. Alang-alang jika blog anda cuma bertahan satu atau dua bulan sahaja; ia tidak akan mendatangkan hasil malah merugikan masa dan usaha anda. Kuncinya ialah usaha berterusan dan fokus untuk sentiasa memberikan pengunjung anda apa yang mereka mahukan.

Pada siri artikel buat duit online dengan blog yang akan datang, saya akan menunjukkan bagaimana anda membuat perancangan yang lebih baik dan berkesan untuk blog yang akan menghasilkan duit untuk anda. Saya akan cuba untuk menjelaskan bagaimana mencari topik atau niche yang membolehkan anda untuk buat duit online dengan blog. Jika anda mempunyai ruang waktu pada ketika ini, eloklah jika menulis jawapan bagi persoalan-persoalan yang telah diajukan di atas. Selamat berjaya!


Online Job for All. Work from home computer.

07 Jun 2014

Direktori artikel laman web adalah rumah artikel percuma. Artikel-artikel ini biasanya diletakkan di sana oleh sesiapa sahaja yang memiliki hak cipta kepada mereka sebagai kaedah promosi. Setiap artikel mempunyai byline pemilik diletakkan di bawah supaya orang-orang yang akhirnya membaca artikel akan tahu yang penulis (atau sekurang-kurangnya yang memiliki ia) dan akan dapat untuk mendapatkan dalam hubungan dengannya atau layari laman web mereka untuk maklumat lanjut.

Artikel Direktori Buat duit


Artikel direktori adalah tempat yang hebat untuk meletakkan artikel anda supaya mereka akan membuat duit untuk anda. Dengan menggunakan kaedah ini, orang yang berminat pada produk atau perkhidmatan anda akan melihat artikel anda, melihat anda sebagai seorang pakar dalam subjek ini, dan akan melawat laman web anda. Malah jika anda tidak boleh menulis atau tidak mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai subjek ini di mana anda mempromosikan (sebagai contoh untuk anda menjalankan laman web affiliate), anda sentiasa boleh menyewa penulis untuk melakukan kerja untuk anda. Mendapatkan artikel yang berkualiti bertulis akan menjadi mahal di masa hadapan, tetapi mereka akan membayar untuk diri mereka sendiri dalam masa yang singkat, sama ada melalui jualan affiliate atau menjual perkhidmatan anda sendiri, dan segala-galanya selepas itu adalah mengaut keuntungan bersih.

Mari kita mengambil contoh kehidupan yang sebenar. Bayangkan bahawa anda seorang akauntan bekerja dari rumah. Anda menulis satu artikel mengenai topik perakaunan dan meletakkannya pada pelbagai direktori artikel. Mereka yang mencari subjek yang anda menulis tentang akan membaca artikel anda, melihat bahawa anda mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk melakukan kerja untuk mereka, dan melawat laman web anda atau menghubungi anda melalui e-mel. Artikel anda hanya mendapat anda pelanggan baru yang boleh menggunakan perkhidmatan anda secara tetap, tetapi pasti akan memberikan keuntungan yang bagus sekurang-kurangnya sekali.

Tambahan pula, kerana anda telah mencatatkan ia di direktori artikel percuma, orang lain yang mempunyai laman web affiliate tentang perakaunan tidak dapat menggunakan artikel anda untuk laman web mereka. Oleh kerana mereka mesti melampirkan byline anda untuk itu, ini akan membawa anda lebih pendedahan bagi setiap laman web yang semula post anda artikel. Ini kerana anda akan mendapat manfaat luar trafik yang mereka sampai ke laman web mereka.

Terdapat banyak direktori artikel di luar sana untuk anda menggunakannya. Taruhan terbaik adalah untuk meletakkan satu salinan setiap artikel anda pada setiap satu untuk pendedahan maksimum. Ia akhirnya akan membantu untuk membawa lebih banyak lalu lintas dan pelanggan ke laman web anda, yang akan membawa kepada pesanan baru dan keuntungan yang lebih dan menjadikannya sumber buat duit online buat anda.


Pada artikel yang lepas, saya telah menulis tentang bagaimana untuk mendaftarkan dan mempersiapkan blog buat duit online anda. Pada artikel ini pula, dalam siri Bagaimana buat duit online Dengan Blog, saya akan mengupas tentang bagaimana menulis blog mengikut topik yang telah anda pilih dan seterusnya dapat menjana duit online.

Saya perlu ingatkan anda bahawa saya hanya mempunyai pengalaman yang sedikit dalam bidang penulisan blog. Apa yang ingin saya kongsikan di halaman ini adalah hasil dari bacaan dan pemerhatian sahaja. Saya himpunkan panduan ini untuk panduan saya sendiri dan berharap ia dapat membantu mereka yang ingin buat duit online dengan blog.

1. Topik Pilihan
Dalam artikel yang lepas pada siri buat duit online dengan blog ini, saya telah menerangkan tentang pemilihan topik. Anda haruslah menulis dalam ruang lingkup skop topik yang telah dipilih. Usahakan agar penulisan anda unik untuk pengunjung blog dan dapat menarik perhatian mereka untuk membacanya.

2. Tajuk Menarik
Tajuk artikel amat penting kerana tajuk yang ditulis akan menentukan sama ada pembaca akan terus ke perenggan yang pertama dan seterusnya. Pastikan tajuk anda dapat menangkap minat pengunjung blog anda untuk membacanya.

3.Ringkas dan Padat
Artikel blog biarlah pendek. 400 – 500 patah perkataan sudah memadai. Biar artikel anda ringkas tetapi padat dengan maklumat berkisar topik yang dipilih.

Penulisan Artikel buat duit4.Perenggan Pendek
Pembacaan pada skrin komputer dan media cetak jauh bezanya. Menurut kajian, pembaca hanya akan mengimbas tulisan pada komputer dan hanya membaca yang perlu sahaja. Baris perenggan tidak perlu panjang agar dapat dibaca dengan mudah.

5.Imej Berkaitan
Hasil tulisan pada blog buat duit online anda akan lebih menarik jika ada gambar yang berkaitan. Jika tiada gambar berkaitan, boleh juga letakkan ilustrasi, kartun, dan imej yang ada kaitan dengan tajuk artikel anda.

6.Ajak Pembaca Melakukan Sesuatu
Fikirkan situasi pembaca anda semasa menulis. Berikan mereka sesuatu yang mereka dapat lakukan selepas membaca artikel anda. Anda boleh bertanya soalan atau meminta komen. Juga tidak salah jika anda meminta pembaca untuk datang lagi pada masa akan datang.

7.Unsur Manusiawi
Biarlah penulisan blog anda ada unsur-unsur manusiawi seperti emosi, jenaka, spontan, dan sebagainya. Ia juga akan dapat menarik pembaca sasaran anda untuk kembali lagi ke blog anda pada masa akan datang.

Begitulah serba sedikit tentang bagaimana menulis artikel untuk blog anda. Seperti yang saya katakan tadi, saya bukanlah seorang penulis blog yang profesional tapi inilah hasil dari bacaan dan kajian saya terhdapap blog-blog yang sudah berjaya buat duit online. Saya percaya penulisan artikel blog yang menggunakan panduan di atas akan dapat menarik penggunjung serta pembaca dan tidaklah anda menjadi seperti bercakap dengan diri sendiri sahaja di blog anda.

Pada artikel akan datang saya akan menulis tentang beberapa cara yang mudah untuk buat duit onlinedengan blog anda. Kali ini ia mengenai penjanaan pendapatan online di blog anda. Selamat berblog!


09 Ogos 2013

Bagaimana anda boleh membuat duit dari blog atau laman web? Berikut adalah 14 cara untuk mendapatkan wang daripada kandungan anda tapi sebelum itu, mari kita lihat dulu faktor utama sebelum laman web atau blog kita boleh buat menjana duit online.


14 Cara buat duit dari laman web anda atau Blog
Terdapat tiga faktor utama yang perlu dipertimbangkan apabila anda sedang mencari cara terbaik untuk mendapatkan duit daripada laman web atau blog anda iaitu:
  • Tumpuan tapak (niche anda)
  • Berapa banyak penonton yang membelanjakan pada produk atau perkhidmatan yang berkaitan dengan tumpuan khusus laman web anda.
  • Saiz penonton anda
Sebagaimana yang biasa anda tahu, jika keseluruhan kecil penonton anda, semakin besar kemungkinan anda perlu untuk buat duit online melalui beberapa bentuk jualan produk (menjual sesuatu sendiri, atau mendapat komisen atas jualan produk atau perkhidmatan syarikat lain. ) Semakin besar penonton anda, semakin besar kemungkinan anda boleh buat duit online dengan meletakkan iklan di laman web atau blog anda. Dan lebih banyak duit online jika penonton anda itu prihatin pada produk atau perkhidmatan yang berkaitan dengan niche anda, 

Berikut senarai cara-cara untuk buat duit online, dan anda perlu memilih stategi terbaik unyuk laman web atau blog anda. Pelan yang terbaik adalah untuk membangunkan aliran pendapatan berganda. Mengharapkan sifat dan saiz aliran pendapatan berganda untuk berubah apabila laman web anda atau perubahan blog dan tumbuh dalam populariti.

Cara yang biasa untuk mendapatkan pendapatan dari blog dan laman web

Menjual produk anda sendiri dalam talian.

Tidak kira apa jua jenis produk yang anda jual, anda boleh menjual mereka dalam talian dengan syarat bahawa mereka adalah senang untuk di transaksi dan anda mempunyai cara untuk memproses pesanan dan menerima pembayaran dalam talian. Mulakan dengan kecil-kecilan dan menguji perairan menggunakan cart membeli-belah luar seperti 1shoppingcart.com, atau menjual di Ebay.

Ringkaskan pengetahuan anda dan menjual secara online.

Tiada produk untuk dijual? Tidak perlu bimbang. Buat ebook atau panduan atau senarai semak dan kemudian menjualnya dalam talian yang dari laman web anda sendiri atau blog. Tidak mempunyai akaun online atau store produk? Menjual melalui Amazon Kindle, atau ClickBank atau perkhidmatan lain yang akan menjual produk maklumat elektronik untuk anda dan menghantar royalti ke atas anda setiap jualan. Dalam kes itu, anda akan memasarkan produk dan pautan ke blog atau laman web anda.

Menjual perkhidmatan anda secara online

Menggunakan laman web anda untuk mempromosikan perniagaan perkhidmatan anda adalah lebih mudah dalam banyak aspek daripada menjual produk secara online. Ada laman web yang menarik dan termasuk artikel yang menunjukkan kepakaran anda. Pastikan setiap artikel dan setiap halaman di laman web anda, termasuk maklumat anda dan pautan kepada butiran anda. Jika anda menjual perkhidmatan reka bentuk, atau apa-apa visual, masukkan halaman portfolio. Jika perkhidmatan anda tidak boleh dilihat, masukkan laman kajian kes. Dan jangan lupa untuk meletakkan isyarat tindakan keatas setiap halaman! Jika seseorang itu berminat mereka perlu dapat dengan cepat melihat sebuah "Sewa saya" atau "Hubungi saya" grafik yang membawa mereka terus ke maklumat yang mereka perlukan untuk sampai kepada anda.

Mengadakan seminar-seminar latihan melalui webinars atau teleseminars.

Mengenakan bayaran untuk seminar-seminar tersebut. Atau, membiarkan pengunjung menghadiri acara seminar tersebut secara percuma, tetapi mereka harus/ mahu membayar untuk mengakses rakaman atau transkrip pada suatu masa itu. Pastikan anda merekodkan semua acara anda walaupun orang perlu membayar untuk menghadiri secara langsung. Anda kemudiannya boleh membuat pakej rakaman dan menjual sebagai produk yang berasingan pada masa hadapan.

Beli produk orang lain pada harga borong dan menjual balik.

Sebelum anda membeli kuantiti besar barangan, pastikan anda benar-benar ada pasaran untuk produk itu dan anda mempunyai cara yang mampu untuk memandu pelanggan ke halaman stor anda atau stor eBay anda.

Menjadi sekutu bagi syarikat-syarikat lain

Dengan jualan affiliate, anda membuat wang apabila seseorang klik pada pautan khas pada laman web anda, kemudian mereka membuat pembelian di laman web peniaga. Carilah syarikat yang mempunyai produk yang merupakan perlawanan yang baik untuk perkara subjek laman web atau blog anda dan kemudian melihat jika mereka mempunyai program affiliate anda boleh menyertai. Atau, pergi ke laman web rangkaian affiliate seperti Sfi Affiliate, Tripleclicks.com, ShareASale.com, Suruhanjaya Junction, dan LinkShare dan mencari peniaga-peniaga yang mempunyai tawaran yang baik yang akan menarik minat penonton laman web anda. Kejayaan pengiklanan affiliate anda bergantung kepada banyak perkara, termasuk bagaimana tawaran affiliate, senarai e-mel anda dan penonton laman web anda, bagaimana anda memberi tawaran itu, jumlah trafik yang anda dapat, bagaimana baik iklan affiliate dan tawaran, dan apa tawaran halaman pendaratan kelihatan.

Dibayar untuk membawa jualan (Sales leads).

Dikenali sebagai lead generation (leadgen yang pendek), menjual jualan lead talian biasanya mendapat seseorang untuk mengisi borang dan menyediakan maklumat perhubungan supaya peniaga boleh membuat susulan dengan panggilan jualan. Borang berkenaan berkemungkinan di laman anda atau laman web peniaga berkenaan, dan biasanya untuk halaman bayaran, orang yang mengisi borang yang telah menjadi peneraju yang berkelayakan - bermakna ia datang dari pelanggan yang masuk dengan memberikan maklumat sebenar dan mungkin adalah prospek sebenar.

Buat duit dari pay per click iklan rangkaian.

Yang paling terkenal ini adalah Google Adsense. Tetapi program-program lain yang boleh membawa anda pendapatan juga adalah Nuffnang, Kontera, Vibrant Media dan Chitika.com adalah perkara yang perlu dilihat. Berapa banyak duit yang anda akan buat? Ia bergantung kepada jumlah trafik anda ke laman web anda dan berapa banyak pengiklan membayar untuk iklan dalam niche anda serta di mana iklan yang diletakkan pada laman anda.





Jual paparan pengiklanan dan tajaan di website anda.

Iklan paparan banner yang anda lihat di atas dan sisi laman web, atau kadang-kadang menutup sebuah laman web untuk beberapa minit sebelum beban laman utama. Ini biasanya soldon kos bagi setiap seribu asas (CPM). Untuk menjual iklan ini secara langsung, anda biasanya akan memerlukan bilangan yang agak besar pengunjung ke laman web anda. Jika anda tidak mempunyai sejumlah besar pengunjung, perlu mencari rangkaian pengiklanan paparan yang bekerja dengan penerbit kecil.

Mendaftar sebagai penerbit(publisher) dengan rangkaian pengiklanan banner

Mencari kesesuaian banner rangkaian iklan untuk bekerja dan mungkin mengambil sedikit kerja detektif. Sebahagian daripada rangkaian memerlukan banyak lalu lintas atau traffik, yang lain menyediakan iklan hanya untuk niche tertentu. Beberapa untuk menyemak termasuk:
~ Tribal Fusion (anda perlu 500,000 pelawat unik sebulan)
~ Burst Media
~ ValueClick Media
~ Adtegrity

Menjual iklan dalam surat berita e-mel anda

Jika anda mempunyai laman web atau blog, anda perlu meminta pelawat untuk mendaftar untuk newsletter di laman anda. Apabila anda menghantar email surat untuk memberi pengumuman kepada orang ramai mengenai apa yang baru di laman web, masukkan dua iklan atau daripada syarikat-syarikat lain.

Menjual langganan ke laman web anda

Jika anda mempunyai kandungan khusus, letakkan beberapa atau semua di belakang paywall (Iaitu, satu-satunya cara untuk pengunjung mendapatkan kandungan yang khas adalah untuk membeli langganan ke laman web anda.) Untuk bekerja, anda perlu dapat menawarkan pelanggan sesuatu yang mereka tidak boleh mendapatkan tempat lain, atau tidak boleh mendapatkan dengan mudah di tempat lain. Kajian menunjukkan, laporan penyelidikan, transkrip Webinar pakar, dan ahli forum tetap fokus boleh membantu anda menarik pelanggan. Sebagai tambahan kepada yuran langganan bulanan yang anda dapat, anda boleh menjual produk-produk tambahan kepada ahli-ahli anda.

Tanya Untuk Derma

Tiada siapa yang suka untuk meminta duit, tetapi  jika anda mempunyai peminat setia, meminta mereka untuk membeli anda secawan kopi atau membantu membayar untuk menjaga tapak agar sentiasa hidup.

Lebih banyak cara lagi untuk membuat duit dari laman web anda

Senarai ini tidak menyeluruh. Malah ada beberapa perkara yang belum termasuk lagi - seperti mengambil upah untuk menulis ulasan berseri produk, atau menerima upah untuk orang meletakkan "post tetamu yang tidak berat sebelah" di laman web anda supaya mereka boleh menghubungkan ke laman web mereka sendiri atau laman web mereka yang mereka dibayar untuk tujuan promosi. Saya menganggap amalan seperti itu sebenarnya tidak beretika dan dalam beberapa kes, mungkin terdapat beberapa kesan undang-undang juga.

Tetapi, terdapat cara lain untuk mendapatkan wang daripada laman web dan blog, perlu menjadi kreatif, dan melihat laman web yang anda kerap lawati. Pertimbangkan bagaimana mereka boleh membuat duit, dan ada atau tidak anda boleh menyesuaikan diri dengan kaedah mereka ke laman web anda


26 Julai 2013



This video explains the Loyaltepays business model by telling the story of these three characters:

  • Tom, likes surfing and makes money for simply sharing videos with his friends on Facebook
  • Lucy, is a single mother and she is using Loyaltepays to start a new online business
  • Jim, is an established business owner ready to expand

Watch the video and discover for yourself how easy and simple it is to make money with Loyaltepays!



Simple - Share the info YOU like & Earn Money









22 Julai 2013

Apa itu Backlink? Bagi blogger, backlink memang tak asing lagi. Backlink dengan bahasa mudahnya ialah link web / blog kita yang berada atau disimpan di dalam web/blog orang lain.

Backlink Exchange Percuma



Kenapa ramai yang mengejar backlink?

Sebab semakin banyak backlink semakin banyaklah trafik akan masuk ke dalam blog kita. Jika diperhatikan, kita boleh lihat backlink tu dengan banyak cara, dan yang paling mudah begini.

Pertukaran pautan (exchange link)

Backlink Exchange percuma

Di ruangan ini, saya ada menyediakan perkhidmatan Backlink Exchange kepada sesiapa sahaja yang berhasrat untuk menaikkan lagi nama Blog-blog atau Website mereka agar diketahui umum. Dengan cara ini secara tak langsungnya ia akan menambahkan "pendapatan" melalui banner-banner Ads yang dipasang.

Caranya mudah, pasangkan saja Butang Backlink Buat Duit Online pada blog atau website anda dan saya juga akan memasang Butang Backlink anda pada silibar blog nie. Saya juga menyediakan ruang banner echange dan anda boleh perhatikan senarai banner exchange ruangan bawah.

Ikuti langkah yang mudah ini untuk meningkatkan Trafik dan Ranking Blog anda:


--> Masukkan Butang Backlink Exchange seperti tertera di bawah ke dalam muka depan blog atau di bahagian silibar anda dengan mengambil kod html yang telah disedaikan.


* tip 1: Sila "Copy" kod Buat Duit online yang disediakan,
* tip 2: "Paste" kod ke dalam mana-mana bahagian "Add a Gadget" (Layout -> Add a Gadget).


Buat duit online

<!-- START SI BACKLINK --><a href="http://evolutionincome.blogspot/" target="_blank" title="Buat duit online tanpa modal"><img alt="Buat duit online" border="0" src="http://images.cooltext.com/3223684.gif" style="height: 15px; width: 80px;" /></a><!--  END SI BACKLINK -->


Untuk memasukkan banner dan pertukaran banner pula disini, sila ikuti langkah ini.


<div style="text-align: center;">
<a href="http://www.evolutionincome.blogspot.com/2013/07/backlink-exchange.html" rel="nofollow" target="_blank"><img border="0" src="http://i1299.photobucket.com/albums/ag69/evolutionincome/evolutionincome2anigif_zps0b5cd621.gif" /></a></div>


* Pastikan ukuran Banner anda tue jangan keterlaluan besarnya..kalau boleh 400px kebawah dan tinggi sebaiknya 200px kebawah..Untuk mengedit banner/gambar atau nak buat, boleh Klik Disini.

--> Maklumkan pada saya jika Butang Backlink Buat Duit Online telah dimasukkan kedalam blog anda dengan menghantar komen pada ruangan komen di bawah atau chat box sebelah kanan tue..

* komen anda perlulah disertakan "WEBSITE", "NAMA BLOG/WEBSITE" & **"BUTTON LINK".
Lihat contoh di bawah:


                                                   Post a Comment

                                                   Website : http://evolutionincome.blogspot.com
                                                   Nama Blog : Buat duit online tanpa modal
                                                   Button Link : http://images.cooltext.com/3223684.gif


**Saya hanya menerima Butang Backlink yang bersaiz (80px X 15px) sahaja. Jika didapati butang anda tidak mengikut saiz yang ditetapkan, maka saya berhak untuk resize butang tersebut tanpa sebarang notis!

--> Saya akan masukkan Butang Backlink Anda (melalui Button Link yang anda berikan) ke dalam Button Backlink Exchange Widget kanan blog ini dan halaman ini.

Itu saja yang perlu anda lakukan. Jika terdapat sebarang pertanyaan bolehlah anda ajukan melalui ruangan komen di bawah atau hubungi saya untuk pertanyaan atau sebagainya Disini

Kalau yang belum ada Banner Banclink boleh Klik Disini

Saya harap, dengan adanya Program Backlink ini dapat membantu menaikkan rating dan ranking blog kita agar blog kita mudah dikesan oleh enjin carian seperti Google Search, Yahoo Search, Alexa dan lain-lain.

"Untuk pengetahuan dan kebaikan backlink exchange anda bersama evolutionincome.blogspot.com, Blog ini mendapat ranking pertama untuk carian Google Search (Buat duit online tanpa modal) dan mendapat ranking kedua dengan hasil carian Buat duit online. Tingkatkan backlink bersama-sama untuk mendapatkan
Page Rank Berkualiti."













04 November 2012


Assalamualaikum...

Pada entri nie saya akan berkongsi dengan anda step by step bagaimana nak buat blog. Pada yang dah ada blog sendiri di ucapkan tahniah ada kesempatan mengambil peluang dalam alam maya(internet).Saya sekadar berkongsi maklumat kepada rakan2 baru yang teringin untuk membuat blog pertama kali seperti saya dulu2,cume saya nak memuatkan lagi koleksi kat blog saya nie..

Pengenalan blog ataupun weblog adalah trend gaya hidup digital yang kian berkembang pesat mahupun untuk persendirian, syarikat, perniagaan, maklumat mahupun apa jua berkaitan memperkenalkan kepada sesiapa yang melayari internet.Salah satu keuntungan dari blog ini adalah ianya adalah perkhidmatan percuma dan boleh diguna pakai untuk jangka masa yang panjang, diantara perkhidmatan yang terkenal nie adalah blogger dan wordpress.Tapi sebelum nak wat blog sila pastikan anda mempunyai akaun email, kena ada line internet, dan paling mustahak, anda rajin nak belajar benda baru..hehehe..

OK..Seterusnya kita kena la buka akaun blogger dulu kalau yang dah ada lagi senang terus je melog masuk..Pada halaman utama Blogger, klik "Buat Blog Anda Sekarang", dan buat Akaun Google. Anda berkemungkinan dah mempunyai Akaun Google, jika sebelum nie anda pernah menggunakan produk Google seperti orkut, Google Kumpulan, Gmail dan lain - sekiranya ada, terus jer melog masuk..pastu, pilih nama paparan anda dan terima Syarat Perkhidmatan Blogger. Apabila perkara tue semua dah anda tetapkan, kini bersedia untuk mula memblog!

Panduan buat blog

Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai buat blog atau panduan anda, saya syorkan website Maskolis.com, tutorialuntukblog.blogspot.com dan lain-lain, yang merupakan sumber panduan terbaik buat anda dalam asas membuat blog.

Jika anda telah mendapat kemahiran dan ingin mendapatkan pendapatan melalui blog anda, inilah tempat sumber rujukan anda. Untuk lebih jelas lagi sila Klik disini. untuk mendapatkan maklumat jelas bagaimana blog boleh buat duit.


Dualmine.com Multiple your Bitcoin & Ethereum

Bisnes Rm10 Untung je Beb

Dikuasakan oleh Blogger.

Translate