Dalam siri artikel Bagaimana buat duit online Dengan Blog ini, saya telah menghuraikan tentang bagaimana seseorang itu boleh buat duit online dengan menggunakan komputer, internet dan sebuah blog. Saya telah menerangkan tentang apa persediaan yang perlu, perancangan serta topik yang hendak ditulis dan dari mana sumber buat duit online blog anda.
Realitinya, begitu banyak blog yang wujud setiap hari, dan banyak jugalah blog-blog yang mahu buat duit online. Ada yang menyatakan buat duit online dengan blog ini susah. Benarkah begitu? Bagi saya, ianya agak mudah dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja jika kriteria-kriteria berikut dipenuhi.
Usaha Berterusan
Nampak saja kata usaha, ramai yang akan menyamakannya dengan susah — satu bentuk mentaliti yang menyekat langkah untuk anda buat duit online. Saya percaya usaha yang berterusan itu tidak susah, cuma perlu konsisten. Ambil masa sejam atau dua jam sehari untuk menulis pada blog anda. Sambil melayari facebook dan membaca blog lain, anda boleh menulis artikel untuk blog anda.
Seperti yang saya nyatakan pada artikel Penulisan Artikel, hasil penulisan anda tidak perlu panjang. Hanya 400 – 500 patah perkataan pada perenggan yang pendek sudah memadai. Ambil masa enam hingga lapan bulan untuk konsisten dalam penulisan. Jika anda boleh bertahan sepanjang itu, tidak mustahil anda akan berjaya buat duit online dengan blog anda. Susah? Tidak. Jika anda lakukannya dengan beterusan, sudah pasti boleh.
Minat
Dalam apa juga yang kita lakukan, tanpa minat ia hanya akan menjadi paksaan kepada diri sendiri. Jika anda tidak berminat untuk buat duit online dengan blog, tidak perlulah anda membuang masa untuk mewujudkannya. Minat menulis blog juga perlu ada, kerana tanpa isi yang baik, blog anda tidak akan menambat hati pengunjung.
Minat buat duit online dengan blog ini tidak perlulah mendalam sangat. Cukup jika kita mampu menulis dan menimba pengetahuan dengan teknik dan cara buat duit online dengan blog atau dari sumber lain.
Perancangan Masa Depan
Strategi dan perancangan seterusnya mesti ada pada blog buat duit online anda. Mungkin anda bermula dengan menayangkan iklan. Mungkin selepas itu anda boleh berjinak-jinak dengan program pemasaran affiliate pula. Terokai bidand-bidang baru yang boleh anda masuki untuk menambah pendapatan online anda.
Seperti yang telah saya nyatakan tadi, blog anda perlu diteruskan selama enam hingga lapan bulan agar hasilnya dapat dilihat. Jika anda telah memberikan usaha yang konsisten dan beterusan untuk blog buat duit online anda, saya percaya anda akan dapat buat duit online dengan blog anda. Selamat berblog dan buat duit online