02 April 2015

 Khamis, April 02, 2015      , ,
Dalam perniagaan, promosi merupakan strategi yang penting. Begitu juga dengan blog. Untuk buat duit online dengan blog, promosi yang baik akan membawa ramai pelawat mengunjungi blog anda. Tujuan utama promosi ialah untuk membawa lebih ramai pelawat berkunjung ke blog anda dan ini secara langsung akan meningkatkan pendapatan buat duit online buat anda. Berikut adalah beberapa cara promosi blog.

The Most Popular Traffic Exchange1. Forum

Terdapat banyak forum untuk anda ikuti dan promosikan blog anda. Forum seperti lowyat dan Cari Forum biasanya mempunyai ramai pengunjung yang berpotensi untuk melawat blog anda. Ini akan menambah jumlah pelawat ke blog buat duit online anda. Caranya ialah anda paparkan link ke blog anda pada bahagian Signature anda dan sambil anda berforum, ahli forum yang lain akan melihat link ke blog anda dan mungkin akan melawat ke blog anda.

2. Kunjungi dan Komen Blog Lain

Lawat dan komen pada blog lain untuk promosi blog anda.
Ambil masa untuk melawat blog-blog lain dan cuba berikan komen pada artikel atau penulisan mereka. Pada kebiasaannya, untuk memberi komen, anda perlu mengisi nama, e-mel dan alamat laman web. Anda boleh meletakkan alamat blog anda. Lebih banyak komen yang anda beri, maka lebih ramai yang tahu tentang kewujudan blog anda.

3. Bertukar Link Dengan Blog Lain

Anda juga boleh berhubung dengan penulis blog yang lain dan bertukar-tukar link dengan mereka. Anda boleh berhubung dengan penulis blog yang lain dan bertukar link dengan mereka. Ini adalah salah stau cara promosi dan buat duit online yang baik.

4. Menjadi Penulis Tamu

Anda juga boleh menjadi penulis tamu bagi blog orang lain. Anda boleh menghubungi pemilik blog yang mempunyai ramai pengunjung dan menulis untuk blog mereka. Pemilik blog biasanya akan mengalu-alukan anda untuk menulis kepada mereka. Ini cara yang baik untuk menghubungkan blog anda dengan blog tersebut.

5. Facebook

Jika anda pengguna facebook, lampirkan link blog anda pada wall anda ataupun letakkan pada profile anda agar dapat dilihat oleh rakan-rakan anda. Ramai yang menggunakan facebook untuk promosi blog mereka dan buat duit online.

6. Laman Web Sosial

Letakkan link ke blog anda pada laman web sosial seperti twitter, digg, mySpace, Youtube, Reddit, del.icio.us, stumbleUpon, hi5, frienster dan sebagainya. Ia juga merupakan cara yang berkesan agar anda akan dapat buat duit online dengan blog anda.

7. RSS

Promosi blog
Galakkan pelawat anda untuk melanggan RSS feed anda. Ia merupakan cara ringkas dan mudah untuk pembaca blog mengetahui sebarang kemas kini dan penulisan terbaru blog anda. Pelanggan RSS anda akan dapat mengikuti perkembangan blog anda melalui RSS sahaja.

Promosi blog amat penting dalam proses buat duit online. Ia seperti mengiklankan blog anda agar dapat diketahui oleh orang lain dan seterusnya berkunjung ke blog anda. Lebih ramai pengunjung maka lebih baiklah proses buat duit online anda. Tanpa promosi, anda tidak akan dapat buat duit online dengan blog anda.

Pada artikel akan datang, saya akan memberikan beberapa tips untuk mengekalkan blog anda dan bagaimana memotivasikan diri anda untuk terus berblog. Selamat berblog dan buat duit online !


Dualmine.com Multiple your Bitcoin & Ethereum

Bisnes Rm10 Untung je Beb

Dikuasakan oleh Blogger.

Translate