04 November 2012

 Ahad, November 04, 2012      ,

Assalamualaikum...

Pada entri nie saya akan berkongsi dengan anda step by step bagaimana nak buat blog. Pada yang dah ada blog sendiri di ucapkan tahniah ada kesempatan mengambil peluang dalam alam maya(internet).Saya sekadar berkongsi maklumat kepada rakan2 baru yang teringin untuk membuat blog pertama kali seperti saya dulu2,cume saya nak memuatkan lagi koleksi kat blog saya nie..

Pengenalan blog ataupun weblog adalah trend gaya hidup digital yang kian berkembang pesat mahupun untuk persendirian, syarikat, perniagaan, maklumat mahupun apa jua berkaitan memperkenalkan kepada sesiapa yang melayari internet.Salah satu keuntungan dari blog ini adalah ianya adalah perkhidmatan percuma dan boleh diguna pakai untuk jangka masa yang panjang, diantara perkhidmatan yang terkenal nie adalah blogger dan wordpress.Tapi sebelum nak wat blog sila pastikan anda mempunyai akaun email, kena ada line internet, dan paling mustahak, anda rajin nak belajar benda baru..hehehe..

OK..Seterusnya kita kena la buka akaun blogger dulu kalau yang dah ada lagi senang terus je melog masuk..Pada halaman utama Blogger, klik "Buat Blog Anda Sekarang", dan buat Akaun Google. Anda berkemungkinan dah mempunyai Akaun Google, jika sebelum nie anda pernah menggunakan produk Google seperti orkut, Google Kumpulan, Gmail dan lain - sekiranya ada, terus jer melog masuk..pastu, pilih nama paparan anda dan terima Syarat Perkhidmatan Blogger. Apabila perkara tue semua dah anda tetapkan, kini bersedia untuk mula memblog!

Panduan buat blog

Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai buat blog atau panduan anda, saya syorkan website Maskolis.com, tutorialuntukblog.blogspot.com dan lain-lain, yang merupakan sumber panduan terbaik buat anda dalam asas membuat blog.

Jika anda telah mendapat kemahiran dan ingin mendapatkan pendapatan melalui blog anda, inilah tempat sumber rujukan anda. Untuk lebih jelas lagi sila Klik disini. untuk mendapatkan maklumat jelas bagaimana blog boleh buat duit.


Dualmine.com Multiple your Bitcoin & Ethereum

Bisnes Rm10 Untung je Beb

Dikuasakan oleh Blogger.

Translate