Sesiapa pun yang ada komputer dengan capaian internet boleh buat duit online, tapi di sini saya tidak akan menulis tentang buat duit beberapa ringgit sahaja. Jika anda benar-benar mahu buat duit online yang boleh menambah pendapatan anda sehingga berlipat ganda, anda perlu menetapkan minda pada sasaran yang betul dan membuat perancangan yang berkesan. Dengan set minda yang begitulah anda akan dapat menjana pendapatan dengan internet, atau buat duit online.
Ketetapan Minda
Jika anda berfikir untuk hanya menulis blog untuk suka-suka sahaja dan hanya menulis tentang kehidupan harian anda, tidak perlulah anda membaca terus artikel ini. Jika anda seorang selebriti atau jelitawan dan rupawan yang terkenal, tidak ada masalah untuk menulis tentang di mana dan apa yang anda lakukan malam semalam; kerana itu yang pengujung anda teringin nak tahu. Tapi, jika anda seperti saya – bukan rupawan yang hanya memiliki senyuman menawan – anda harus menulis tentang apa yang ingin dibaca oleh pengunjung sasaran anda.
Untuk buat duit online dengan blog, anda harus menetapkan minda bahawa anda bahawa anda menulis blog untuk menjana pendapatan. Blog anda dibuat agar ia boleh buat duit online untuk diri anda. Konsepnya sama dengan bisnes konvensional yang mana anda perlu menawarkan barangan atau perkhidmatan yang dikehendaki oleh pelanggan. Jika tidak, pelanggan tidak akan datang ke kedai anda. Bagi blog pula, anda perlu menulis artikel tentang maklumat yang pengunjung ingin tahu dan minati agar ia mampu menarik pelawat ke blog anda. Jumlah pengunjung akan menentukan sama ada anda mampu buat duit online atau sebaliknya.
Perancangan Buat Duit Online
If you fail to plan, you plan to fail – jika anda gagal untuk merancang, anda merancang untuk gagal – itulah mentera yang sering disebut apabila memulakan sesuatu perkara. Untuk buat duit online, anda perlu ada perancangan. Usaha tanpa perancangan adalah usaha yang sia-sia. Perancangan yang tepat dan berkesan akan membawa hasil yang setimpal dengan usaha anda. Oleh itu, ambil pen/pensil dan kertas, atau buka Microsoft Word, dan mulakan dengan menjawab persoalan-persoalan berikut.
- Apa tujuan anda menulis blog? – Pada masa ini, dinggarkan ada 50 juta blog. Pada asasnya, tujuan anda menuliskan adalah untuk buat duit online. Tapi, anda juga harus jelas kenapa blog anda perlu kerana ia akan menentukan hala tujunya.
- Apa topik yang anda ingin tulis? – Tentukan apa topik yang anda ingin tulis. Pilih topik yang anda minati agar anda tidak bosan dan terhenti begitu sahaja.
- Siapa sasaran anda? – Kumpulan sasaran perlu ada. Ini akan menentukan bagaimana cara anda menyampaikan maklumat dan siapa yang akan mengunjungi blog anda.
- Bila dan berapa kerap anda menulis? – Setiap hari? Setiap minggu? Apa yang penting ialah anda perlu menulis dengan kerap agar pengunjung sentiasa mendapat maklumat terkini dari blog anda.
- Bagaimana anda mempromosikan blog anda? – Untuk buat duit online dengan blog, promosi amatlah penting. Tanpa promosi hanya sedikit sahaja pengunjung yang bertandang ke blog anda, mungkin hanya rakan facebook anda sahaja.
Semua persoalan ini dapat dijawab dengan carian google sahaja, tetapi setiap blog yang boleh buat duit online mestilah unik dan mempunyai perancangan tersendiri. Anda boleh membuat sumbang saran (brainstorm) dan membuat perancangan dengan teliti sebelum bermula. Sebagai lanjutan siri ini, persoalan-persoalan di atas akan saya kupas dalam artikel pada masa akan datang.
Harus diingat bahawa buat duit online tidak bermakna buat duit segera seperti skim cepat kaya. Duit online anda tidak akan datang dalam masa yang singkat. Usaha anda perlu dirancang dan konsisten. Jika tidak, usaha anda akan terhenti di tengah jalan. Sebuah blog – jika berperancangan, konsisten dan menarik – memerlukan masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk mendatangkan pendapatan yang boleh dibanggakan. Alang-alang jika blog anda cuma bertahan satu atau dua bulan sahaja; ia tidak akan mendatangkan hasil malah merugikan masa dan usaha anda. Kuncinya ialah usaha berterusan dan fokus untuk sentiasa memberikan pengunjung anda apa yang mereka mahukan.
Pada siri artikel buat duit online dengan blog yang akan datang, saya akan menunjukkan bagaimana anda membuat perancangan yang lebih baik dan berkesan untuk blog yang akan menghasilkan duit untuk anda. Saya akan cuba untuk menjelaskan bagaimana mencari topik atau niche yang membolehkan anda untuk buat duit online dengan blog. Jika anda mempunyai ruang waktu pada ketika ini, eloklah jika menulis jawapan bagi persoalan-persoalan yang telah diajukan di atas. Selamat berjaya!