20 Jun 2013


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ramai diantara yang menanyakan bagaimana boleh dapat duit kat Sfi dan Tripleclicks, lebih-lebih lagi kumpulan seperjuangan saya yang telah menjadi Affiliate Sfi dan Tripleclicks. Kepada yang fokus dan tidak putus2 asa menjalankan program ini, saya ucapkan tahniah kepada anda. Sebenarnya program ini adalah antara yang terbaik antara yang terbaik dari segi perniagaan, perancangan, pembelajaran dan penguasaan dalam internet marketing. Kali nie saya ingin menyimpulkan apa sebenarnya tujuan SFI dan TripleClicks.

Jika anda benar-benar ingin mendapatkan pendapatan melaui online tanpa sebarang modal, terlebih dahulu anda fahami, mengerti, menilai dan merancang sebaik mungkin sebelum memulakan program ini, kerana saya mempunyai berpuluh-puluh downline yang masih belum bertindak apa yang sepatutnya. Anda patut sedar untuk mendapatkan duit dengan mudah, dengan cara ambil mudah, tidak memberi apa-apa penghasilan. Hakikatnya kita perlu belajar lebih lagi, tumpukan perhatian, kerja keras untuk permulaan dan buat perancangan apa yang anda lakukan ini dapat memberi keputusan sebelum selepas 6 bulan dari hari anda mula. Saya akan memberi sedikit ilutrasi atau gambaran serba sedikit mengenai program ini, semoga sedikit sebanyak memberi panduan dan maklumat kepada anda. Ini hanya lah pandangan dan buah fikiran saya, anda boleh buat penilaian dan bertindak dengan cara bersesuaian tersendiri.


Panduan ringkas di SFI.

Setelah anda mendaftar menjadi Affiliate SFI perkara utama yang sepatutnya anda lakukan update profile anda dahulu seterusnya dapatkan posisi fast track (mengumpul 500 VP dalam tempoh 24 jam dari masa mendaftar)Klik disini untuk panduannya. Setelah anda mendapat posisi fast track, digalakkan mengikuti langkah-langkah permulaan iaitu dengan ke halaman SFI Affiliate Center, ikuti dengan turutan START, SFI BASICS dan LAUCHPAD. Jika anda follow step2 yang diaturkan, anda akan diberi kursus / pelajaran yang sangat bermanfaat. Kelas ini mengambil masa 30 hari, dalam masa yang sama anda perlu melakukan to-do-list (mengumpul point VP setiap hari). Jangan lupa untuk mengambil tempat di Grand Prize (cabutan bertuah) setiap hari dengan syarat-syarat yang diberikan. Setiap bulan perlu mengumpul 1500 VP untuk mendapat status Executive Affiliate(EA) dan mengekalkan status EA setiap bulan untuk mendapat kelebihan dari affiliate biasa.

Buat duit Program SFI

Untuk mendapatkan pendapatan melalui program SFI ini, anda perlu bertindak mencari downline, sebaiknya 5 orang. Meletih/ Menjadi IKON kepada downline anda untuk mendapatkan posisi EA setiap bulan.Seterusnya mereka bertindak seperti mana anda lakukan kepada downline mereka. Klik untuk lihat video 3 step plan yang mengambarkan peluang besar buat duit.

1. Menjadi Anggota Gabungan Eksekutif (EA) dan kekal sebagai EA setiap bulan
2. Mengambil lima gabungan affilite/ downline
3. Mengajar lima gabungan anda untuk melakukan 3 langkah yang sama ini.

Berikut adalah ilutrasi carta pendapatan:

Bulan AI2 Jumlah EAs Jumlah VP Pendapatan Bulanan
1 5 5 7500 $ 3,75
2 25 30 45000 $ 22,50
3 125 155 232500 $ 116,25
4 625 780 1170000 $ 585,00
5 3125 3905 5857500 $ 2.928,75
6 15625 19530 29295000 $ 14.647,50


Panduan ringkas di Tripleclicks

Di laman Tripleclicks anda akan melihat pelbagai jenis barangan dan pilihan yang dijual, buat masa sekarang produk di Tripleclicks melebihi 83000 barangan yang dijual. Anda boleh memilih peniaga/ barangan untuk dikongsikan. Pastikan anda terus berhubung dengan E-Commerce Associate Program (ECA) dari pelbagai negara. Di Tripleclicks anda boleh menjadi ahli sebagai Wave3 dimana setiap ahli akan mendapat TCredit dan MRP setiap bulan. Dengan mendapat TCredit percuma, anda boleh bid harga lelong dan juga boleh membeli barangan, cth ebook yang berpadanan dengan nilai TCredit anda. 

Buat duit dengan Tripleclicks

Dengan kelebihan pelbagai pilihan barangan / produk di Tripleclicks, anda boleh memilih dari mana-mana yang anda rasakan mendapat sambutan semasa / pelanggan anda. Dari setiap pembelian dari link affiliate anda itu bayaran komisen sehingga 40%. Setiap jualan anda lakukan adalah komisen direct anda, ramai yang telah mengunakan plan ini untuk mendapatkan duit pantas. Di Tripleclicks juga anda diberi kelebihan untuk menjual barangan yang anda tidak perlukan lagi, contoh perkakasan lama, baju, dan dll.


Panduan ringkas Program ECA

Program ECA adalah program yang membawa peniaga-peniaga, individu, syarikat dan apa jua perniagaan untuk memasarkan  produk / servis mereka kepasaran antarabangsa. Kelebihan memasarkan produk di Tripleclicks adalah laman E-Dagang yang tidak mengenakan apa-apa bayaran untuk menyenaraikan produk / services di Laman Tripleclicks. Kelebihan memasarkan di Tripleclicks, barangan anda laris dalam pasaran berantai, dan produk anda juga di promosikan oleh affiliate-affiliate diseluruh negara. 

Buat duit dengan Program ECA

Cara untuk mendapatkan kewangan jangka masa panjang di Program ECA ini adalah mempelawa para peniaga menjadi ahli di Gateway ECA anda. Tiada kos dan risiko berniaga di TripleClicks. Setiap mereka yang menjadi ECA dan diluluskan pihak Tripleclicks dan seterusnya mereka telah menyenaraikan barangan mereka di Laman TripleClicks dari Link Affiliate anda, royalti yang lumayan akan anda perolehi seumur hidup. Anda juga akan mendapat 100 VP bagi setiap ECA baru yang telah menyenaraikan produk mereka. Pendapatan yang anda dapat 10% dari CV pada semua jualan mereka di TripleClicks.
Contoh Pendapatan : Jumlah CV untuk semua ECAS disebut anda adalah $ 20,000. Anda mendapat 
$ 2000 dalam ECA Royalti bulan ini (10% daripada $ 20,000). Dalam masa yang sama, jika anda mempunyai produk atau barangan untuk dijual, anda juga boleh menjadi ECA sendiri untuk meningkatkan jualan dan pasaran sedia ada. Seperti saya juga, menjadi ECA memang bermanfaat, apa yang saya jual di Tripleclicks adalah produk digital download cth ebook dan software. Jika anda menyertai Program ini sila berhubung dengan Evolutionincome Resources, luaskan pasaran bersama.

Program pay-per- Action

SFI Pay Per Tindakan (SFIPPA) adalah pilihan masing-masing (sendiri), program pendapatan tambahan ini disediakan untuk semua sekutu SFI yang membolehkan anda untuk bertindak sebagai pengiklan untuk SFI dan mendapat pendapatan tambahan dengan mendapatkan orang lain untuk mengambil tindakan seperti mengisi borang.
Setiap kali anda menjana tindakan SFIPPA yang berkelayakan, anda mendapat pendapatan. Jumlah pendapatan ini berbeza-beza bergantung pada tindakan. Dua SFIPPAs kini boleh didapati

A. SFI AFFILIATE MASUK-UPS 
Bounty: Sehingga $ 12 untuk setiap yang layak mendaftar

B. TC AHLI MASUK-UPS
Bounty: Sehingga $ 5 untuk setiap yang layak mendaftar

Buat duit dengan SFIPPA

Setiap referer yang mendaftar menjadi affiliate SFI di link anda dengan mengunakan link SFIPPA, anda akan dapat pendapatan sehingga  12 USD setiap seorang dan 5 USD setiap pendaftaran di Tripleclicks. Bayangkan jika anda mempromosikan link SFIPPA anda setiap hari, jika sebulan anda mendapat 100 orang mendaftar sebagai affiliate SFI di link SFIPPA anda, komisen 100x12 USD=1200USD sebulan.
Perhatian: Setiap ahli sfi yang mendaftar di link SFIPPA, anda tidak memperolehi affiliate berkenaan sebagai downline anda dan tidak dapat apa-apa benefit jangka masa panjang dari affiliate berkenaan. Program SFIPPA juga mengikut terma dan syarat, sila fahami sebelum memulakannya.


Kesimpulan

SFI - Satu rangka kerja, sumber, tool pemasaran, pembelajaran, sumber maklumat dan perkara pokok atau tunjang segala program ini. Memberi pendapatan jangka masa panjang bersama team / pasukan anda. Walaupun pendapatan permulaan sedikit dan kecil, tapi jika anda fokus dan tidak berputus asa, anda akan melihat hasil yang memuaskan dengan usaha dan kerja anda. Sabar dan tidak putus asa perlu ada untuk bersama di SFI.

Tripleclicks - Tempat dagangan pasaran antarabangsa. Bagi mereka yang gemar nak duit cepat dan mudah Tripleclicks menyediakannya. Perlu ada pelan pemasaran dan stategi untuk mendapatkan pendapatan memuaskan, jika hasil jualan sebulan sekali dengan kerja lebih kurang dan malas nak promosi, tak menjadi juga. Potensi mendapat ahli baru lebih mudah jika anda mempromosikan link dan mereka masuk ke laman E- Dagang dan tertarik untuk menjadi Member.

Program ECA - Gabungan terbaik dari SFI dan Tripleclicks yang menyediakan pendapatan buat jangka masa yang panjang kepada Affiliate-affiliate dan mempelbagaikan barangan dan perkhidmatan di TripleClicks. Anda jadi ahli ECA, anda promosikan link ECA anda dan ECA lain, anda mempelawa peniaga menjadi ECA dan jadikan usaha anda ini BUAT DUIT ONLINE TANPA MODAL.

Semoga anda mendapat maklumat dan inspirasi dari penrkongsian saya kali ini. Jika pada sesiapa terasa dan tersentuh saya mohon maaf dari ujung rambut keujung jari kaki..hehe.. Segala kebaikan dan kelebihan datangnya dari yang Maha ESA, setiap kekurangan dan kelemahan ada pada diri saya. Akhir kata dari saya, semoga bersua artikel lagi, insyaallah lepas nie saya akan kongsikan peluang terbaru pada yang mencari duit onlin tanpa modal.  Semoga rakan-rakan seperjuagan, jangan sesekali berputus asa, jangan menilai mengikut penilaian negetif, Perlu sedar kita masih lagi berpeluang besar dalam Marketing Online.. Salam ukhwah

Buat Duit Online di SFI


Dualmine.com Multiple your Bitcoin & Ethereum

Bisnes Rm10 Untung je Beb

Dikuasakan oleh Blogger.

Translate