17 Oktober 2012

 Rabu, Oktober 17, 2012      , ,

Assalamualaikum

Terima kasih atas kunjungan anda kat laman blog nie..Apa yang saya kongsikan nie dan maklumat nie sekadar tambahan daripada blogger2 yang lain,cume saya nak buat colection kat blog sendiri..k la,misi kita untuk berkongsi ilmu dan membangunkan produktiviti bloger2..Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan pendapatan melalui blog,salah satunya membuat pengiklanan melalui blog korang..Apa yang best kalau buat pengiklanan kat blog sendiri adalah mencantikkan halaman dan memberi inpirasi kepada pengunjung ke blog anda..Terdapat beberapa syarikat tempatan dan luar negara yang memberi peluang kepada blogger2 diseluruh dunia untuk mendapatkan pendapatan melalui pengiklanan.Perkiraan sesetengah iklan bergantung kepada anda juga kerana posisi iklan dan berapa stetegik iklan diletakkan di halaman blog.

Antara syarikat pengiklanan yang popular segelintir blogger tempatan adalah seperti berikut:-

no 1. Nuffnang

Ini adalah syarikat pengiklanan yang paling popular antara blogger2 buat masa nie (ranking no 1)  berikut adalah langkah mudah untuk buat duit dengan Nuffnang; register sebagai publisher Nuffnang > isikan maklumat blog korang > lengkapkan survey > dapatkan code iklan untuk dipasang pada blog korang.Dengan mudah macam jer nak jadi publisher. Pada bahagian Blog Manager pastikan pilih Show Global CPC/CPA ads untuk earning yang lebih banyak. Kalau anda nak banyak lagi income bole tambah blog2 yang anda ada.

menjadi pengiklan di blog



2. Chitika

Chitika adalah antara yang terbaik untuk buat duit dilaman web atau pon blog..Sama seperti ads sense mereka mensasarkan keyword yang berkaitan pada laman web. Jika anda tidak dapat bekerjasama dengan google ads sense, saya mensyorkan Chitika kerana ramai yang telah mendapat pendapatan hanya meletakkan iklan dilaman web dieorang. Anda boleh lihat di blog saya nie di atas dan dibawah adalah antara iklan Chitika.




3. Advertlets

Syarikat tempatan yang popular di malaysia ini membuat tawaran kepada blogger untuk menyiarkan iklan mereka.Pembayaran iklan di bayar setiap hari bergantung kepada click pada iklan dan posisi letaknya iklan(CPC dan CPA).Advertlets nie membantu dan memberi semangat kepada pengiklan dengan bayarannya, tapi terlalu sikit (dah rasa)..semoga advertlets berbesar hati menjadi peneraju pengiklan berstatus terbaik diantara blogger2 tempatan dan serata benua.

advertlets
so, kalau korang nak join mudah je.daftarkan diri dengan blog korang di http://advertlets.com

4. Adf.fy

Buat duit pengiklan di blog
Syarikat Adf,ly adalah syarikat yang membayar kepada website atau pun blogger dengan cara berkongsi link korang. Adf.ly adalah perkhidmatan URL yang lebih pendek yang membayar korang untuk berkongsi pautan di internet semasa menggunakan URL yang mereka pendekkan. Korang hanya dibayar untuk setiap orang yang melawat link korang aje. Korang boleh meletakkan link anda kat Twitter, forum Sosial, lain-lain rangkaian sosial atau laman web korang sendiri untuk dapatkan pelawat.Buat duit dengan adf.ly adalah mudah, tiada pra-keperluan yang diperlukan.Korang hanya mendaftar di laman web dieorang dan korang dengan serta-merta boleh mula menggunakan perkhidmatan dieorang.Perkhidmatan iklan dieorang hanya pada setiap pautan yang korang menjana menggunakan perkhidmatan URL yang dieorang singkatkan dan sebagai balasan, korang akan dibayar.Pendapatan korang bergantung kepada jumlah bilangan pelawat ke link yang anda janakan. Apabila seseorang klik pada link URL yang dipendekkan itu, iklan biasanya akan muncul pertama sekali selama beberapa minit kemudian anda telah dihalakan ke destinasi URL sebenar melalui penggunaan "skip ad". Jumlah wang yang korang buat bergantung kepada rantau geografi di mana paparan halaman anda berasal.

sebagai contoh,cuba klik link nie evolutionincome

5.ChurpChurp

Google AdSense

Syarikat google,jika anda dapat bekerja bersama google lg best iaiyu dengan adsense..Google AdSense adalah program Google di mana anda boleh menjadi tuan rumah pay-per-klik iklan di laman web anda. Apabila seseorang mengklik iklan,anda akan mendapat duit...lagi senang masyuk..

Untuk buat duit dengan Google AdSense anda memerlukan banyak trafik yang datang ke laman web anda kalau takdek, tiada sesiapa untuk klik iklan tue. Teknik promosi laman web, terutama pengoptimuman enjin carian dan pemasaran artikel akan membawa lebih banyak lalu lintas ke laman web korang.Korang juga perlu mempunyai kandungan yang akan menarik iklan dengan bayaran tertinggi Per Click (PPC) kadar yang relevan kepada kandungan. Kemudian, perlu untuk meletakkan laman web anda supaya iklan campuran dengan laman web terjadi. Kajian telah mendedahkan bahawa orang-orang yang melawat laman web yang mengandungi iklan yang menggunakan warna yang tidak berada dalam harmoni dengan laman web sebenar cenderung untuk membangunkan "buta iklan". Maksudnya tidak kira berapa banyak trafik datang ke laman web amda, kemungkinan tiada siapa yang akan klik iklan kerana mereka akan mengabaikan iklan.So, jika tiada siapa yang klik,tak dapat apa-apa la.Yang penting taffik mesti baik dan ramai pelawat.

google adsense

Antara syarikat-syarikat yang terkenal nie, masih banyak lagi perkidmatan diluar sana yang blom saya tau,masih nak ambil tau lagi..Secara kesimpulannya nak buat duit dengan advertise bukanlah sesusah mana asalkan kena gayanya. Kunci utama buat duit daripada advertise ialah trafik, manakala untuk produk affiliate pula adalah trafik dan target yang betul untuk menukar pelawat blog kepada pembeli. Pendek kata, blog bukan sekadar medium untuk berkongsi, tetapi boleh juga jadi satu sumber pendapatan sama ada secara part-time atau full-time. Dah ramai blogger yang jadikan blog sebagai sumber pendapatan utama dieorang dan ada blog yang berikan pulangan beribu-ribu ringgit sebulan hanya melalui satu blog sahaja. Tak mustahil kita pun boleh buat. Yang penting adalah niche yang betul dengan cara yang betul, insyaAllah.

Semoga entri ni dapat berikan gambaran tentang bagaimana cara mudah nak buat duit dengan advertiser..selamat mencuba dan semoga berjaya..wassalam


Dualmine.com Multiple your Bitcoin & Ethereum

Bisnes Rm10 Untung je Beb

Dikuasakan oleh Blogger.

Translate