06 April 2015

 Isnin, April 06, 2015      
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Ini pendapatan buat pertama kali saya berurusan dengan Syarikat pengiklanan iaitu Nuffnang Sdn Bhd. Kepada blogger-blogger yang telah lama bekerjasama dengan Nuffnang, semestinya anda juga berpuas hati dengan pendapatan sampingan seperti ini. Walaupun pendapatan first time saya nie tak seberapa, yang lebih penting ada duit masyuk..




Hanya publish iklan di blog anda, pastu kumpul sikit-sikit duit didalam akaun Nuffnang anda. Sampai masa anda boleh cashout dari akaun Nuffnang anda apabila telah melebihi Rm50.00 dan pembayaran melalui cek yang memerlukan sekurang-kurangnya jangka masa 30-60 hari masa bekerja baru cek tu sampai ke alamat anda. Last sekali anda kene pergi bank wat cek deposit atau ke kuanter untuk kemaskinikan ke akaun bank anda.

Kepada yang berminat untuk menjana pendapatan sebagai publisher anda boleh join disini, register sebagai publisher Nuffnang > isikan maklumat blog korang > lengkapkan survey > dapatkan code iklan untuk dipasang pada blog korang.Dengan mudah macam jer nak jadi publisher. Pada bahagian Blog Manager pastikan pilih Show Global CPC/CPA ads untuk earning yang lebih banyak. Kalau anda nak banyak lagi income bole tambah blog2 yang anda ada.

Secara kesimpulannya nak buat duit dengan nuffnang nie bukanlah sesusah mana asalkan kena gayanya. Kunci utama buat duit daripada nuffnang ialah trafik, manakala untuk produk affiliate pula adalah trafik dan target yang betul untuk menukar pelawat blog kepada pembeli. Pendek kata, blog bukan sekadar medium untuk berkongsi, tetapi boleh juga jadi satu sumber pendapatan sama ada secara part-time atau full-time. Dah ramai blogger yang jadikan blog sebagai sumber pendapatan utama dieorang dan ada blog yang berikan pulangan beribu-ribu ringgit sebulan hanya melalui satu blog sahaja. Tak mustahil kita pun boleh buat. Yang penting adalah niche yang betul dengan cara yang betul, insyaAllah.


Online Job for All. Work from home computer.
Dualmine.com Multiple your Bitcoin & Ethereum

Bisnes Rm10 Untung je Beb

Dikuasakan oleh Blogger.

Translate