01 April 2015

 Rabu, April 01, 2015      , , ,
Saya beranggapan yang anda kini ada sebuah blog dan mahu buat duit online dengan blog tersebut. Pada artikel kali ini, saya akan menerangkan beberapa cara yang mudah dan berkesan untuk buat duit online dengan blog anda. Kaedah-kaedah ini digunapakai oleh ramai penulis blog untuk buat duit online dengan blog mereka.


Paparan Iklan

Salah satu cara buat duit online dengan blog yang paling mudah ialah dengan memaparkan iklan. Ada banyak pilihan iklan yang boleh dijadikan sumber pendapatan blog. Berikut adalah beberapa pilihan utama yang sering digunakan pada blog-blog untuk buat duit online.

1. Google Adsense

Iklan adsense
Adsense oleh Google merupakan cara mudah untuk buat duit online dengan blog anda. Ia merupakan pilihan utama untuk pengiklanan di blog-blog serta laman web berinfomasi. Adsense memaparkan iklan berbentuk teks dan grafik yang berkaitan dengan isi kandungan blog anda. Sesiapa pun boleh memohon untuk memaparkan iklan Adsense secara percuma. Jika anda selalu melayari internet, anda mungkin sudah biasa melihat iklan jenis ini. Ini kerana ramai yang telah menggunakan Adsense untuk buat duit online dengan laman web mereka. Anda akan mendapat bayaran setiap kali pelawat blog mengklik pada iklan Adsense. Maka, lebih ramai pelawat blog, lebih banyak klik — dan klik inilah yang akan buat duit online untuk anda.

2. Nuffnang

Iklan dengan nuffnang
Nuffnang merupakan agensi pengiklanan blog di Asia Pasifik. Ia sama seperti Google Adsense tetapi hanya memaparkan iklan pada blog. Iklan yang ditayangkan oleh Nuffnang berbentuk imej grafik dan video. Iklan yang ditayangkan biasanya bersesuaian dengan kandungan blog anda. Sebelum memaparkan iklan Nuffnang, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Untuk mengenali Nuffnang dengan lebih lanjut, anda boleh berkunjung laman web mereka dan mula buat duit online dengan iklan mereka.

3. Chitika

buat duit iklan dengan chitika
Chitika ialah sistem pengiklanan yang berbeza dengan Adsense, di mana ia memaparkan iklan berdasarkan carian internet yang dilakukan oleh pelawat sehingga dia sampai ke blog anda. Jika anda mempunyai ranking yang tinggi pada enjin carian google untuk satu-satu carian, Chitika merupakan pilihan yang baik untuk buat duit online dengan blog. Akan tetapi ia hanya memaparkan iklan yang berkaitan dengan carian dan tidak semestinya apa yang dipaparkan di blog anda.


Program Affiliate

Satu lagi cara yang baik untuk buat duit online dengan blog anda ialah dengan mengikuti program-program affiliate. Pada program tersebut, anda akan menjadi wakil pemasaran produk-produk orang lain. Setiap kali anda berjaya melakukan jualan, anda akan diberi komisen. Terdapat banyak program affiliate yang boleh anda ikuti. Saya hanya akan menulis tentang beberapa laman yang saya sendiri ikuti.

1. ClickBank

Sumber Duit Online
Clickbank merupakan pedagang barangan digital yang terbesar di internet. Anda boleh menjadi affiliate dan memilih lebih dari 500,000 produk digital untuk dipromosikan. Ramai ahli affiliate ClickBank telah mendapat pulangan komisen yang lumayan hanya dengan mempromosikan barangan orang lain. Anda juga boleh berbuat begitu dengan blog anda. Anda boleh membuat ulasan produk di blog anda. Ini salah satu cara yang mudah untuk buat duit online dengan blog. Cuma buat ulasan dan tampilkan affiliate link ke produk tersebut.

2. SFI

SFI merupakan pusat program affiliate yang memberi tool-tool kepada affiliate, contohnya pembelajaran, pemasaran, perniagaan online mahu pun offline dan sebagai nya. Mereka mempunyai lebih 500,000 Affiliate dan bergabung dengan Tripleclicks yang merupakan Pusat Dagangan yang mempunyai lebih daripada 800,000 barang. Anda boleh mendapat manfaat dengan program ini kerana boleh mendapat pendapatan melalui pelbagai sumber.

3. Jomniaga

duit online dengan jomniaga
Jomniaga merupakan laman web e-dagang dan pemasaran affiliate Malaysia. Ianya baru sahaja dilancarkan dan sudah menerima ramai penyertaan dari penulis-penulis blog yang mahu buat duit online. Konsepnya sama seperti ClickBank tetapi kebanyakan produk digital yang dipasarkan adalah dalam Bahasa Melayu. Ia merupakan peluang anda buat duit online dengan produk-produk digital keluaran Malaysia.

Begitulah serba sedikit tentang sumber-sumber yang boleh anda gunakan untuk buat duit online dengan blog anda. Untuk mendapatkan sumber-sumber yang lain untuk buat duit online anda boleh buat carian diblog ini.. Selamat berblog!


Pelaburan Terbaik 2017

Jual Beli Bitcoin Malaysia

Pengedar/ejen frenz diperlukan

Bisnes Rm10 Untung je Beb

Dikuasakan oleh Blogger.

Translate