31 Mac 2015

 Selasa, Mac 31, 2015      , ,
Pada artikel yang lepas, saya telah menjelaskan tentang bagaimana mencari topik khas untuk blog buat duit online. Kali ini saya akan cuba menjelaskan bagaimana untuk mempersiapkan blog buat duit online buat anda.

Secara asasnya, penyediaan dan pendaftaran sebuah blog amat senang dan sesiapa pun yang tahu menggunakan internet boleh melakukannya dengan mudah dalam masa yang amat singkat.

Ada banyak laman web yang menyediakan perkhidmatan blog percuma. Pada artikel ini saya akan menjelaskan tentang dua platform blog yang paling banyak digunakan, iaitu blogger.com dan juga wordpress.com atau wordpress.org. Kedua-duanya adalah platform blog percuma yang paling banyak digunakan, tetapi wordpress.org ada kelainan kerana anda perlu berbelanja sedikit.


Buat Duit Online Dengan Blog Menggunakan Blogger

Persiapan Blog dengan blogger
Ada berjuta-juta pengguna internet yang menggunakan blogger sebagai wadah menulis blog. Dalam bidang buat duit online juga, telah ramai yang berjaya menjana pendapatan dengan blog yang menggunakan blogger.

Daripada pengalaman saya, memang mudah buat duit online dengan blogger, tetapi tidaklah semudah 1, 2, 3. Ia memerlukan usaha dan masa juga. Saya percaya anda juga boleh buat begitu. Untuk mendaftarkan blog dengan blogger, apa yang diperlukan hanyalah e-mel. Hanya klik pada butang Get Started, dan anda boleh mengisi maklumat yang diperlukan. Ianya lebih senang jika anda mempunyai akaun gmail, tapi anda juga boleh menggunakan e-mel yang lain seperti e-mel peribadi atau e-mel kerja.

Semasa proses mendaftar, anda akan diminta mengisi e-mel, nama pengguna dan kata laluan. Selepas itu, akan akan diminta memberikan nama dan URL (alamat internet). Tulis URL dan tajuk bedasarkan topik yang anda pilih untuk ditulis pada blog buat duit online anda. Sebagai contoh, jika anda ingin menulis blog tentang penjagaan kulit, anda boleh meletakkan “title” blog anda sebagai Tips Penjagaan Kulit dengan URL seperti tipspenjagaankulit.blogspot.com atau tips-penjagaan-kulit.blogspot.com. Ini akan memudahkan enjin carian seperti google dan Yahoo! untuk mengenalpasti blog anda. Ia juga memudahkan pembaca untuk menjumpai blog anda semasa melakukan pencarian.

Selesai sahaja pendaftaran, pilih rekabentuk antaramuka atau template yang sesuai dengan topik blog anda. Bagi saya, pilih template yang simple agar senang dibaca oleh pengunjung. Ia juga memudahkan pembaca untuk melihat sepintas lalu blog anda sebelum membacanya. Pastikan latar belakang blog anda berwarna cerah dan tulisannya berwarna gelap agar senang dibaca. Selesai proses pendaftaran dan persiapan blog, anda bolehlah mula menulis artikel pada blog buat duit online anda.


Buat Duit Online Dengan Blog Menggunakan WordPress.com

Persiapan Blog dengan wordpress
Sama seperti blogger, wordpress.com adalah laman web yang menyediakan blog percuma. Anda boleh membuat URL sendiri dan pastikan ia juga berkait dengan topik yang anda pilih, seperti yang telah saya jelaskan pendaftaran blogger.

Proses pendaftarannya hampir sama tetapi wordpress.com mempunyai banyak kelebihannya. Salah satu daripadanya ialah blog anda akan dijana oleh wordpress, iaitu platform blog yang sangat terkenal. Anda boleh memilih banyak template yang telah disediakan. Ia juga dilengkapi dengan pelbagai jenis plug-in (sama seperti aksesori tambahan) agar blog anda dapat menjadi lebih baik. Saya juga menggunakan wordpress.com sebagai tempat buat duit online dengan blog dan ianya amat berkesan. Anda boleh mencubanya sendiri.


Buat Duit Online Dengan Blog Menggunakan WordPress.org

Persiapan Blog dengan wordpress,org
Ya, wordpress juga. Tetapi berbeza dengan wordpress.com (yang satu dot.com, yang ini dot.org). WordPress.org ini adalah platform blog terbuka yang perlu dihoskan sendiri. Bagi saya, ini adalah cara yang terbaik untuk buat duit online dengan blog, iaitu mempunyai domain dan hos berbayar sendiri.
Namun, sekiranya anda orang baru dalam menulis blog, blogger dan wordpress.com cukup memadai kerana kedua-duanya adalah platform blog yang sangat baik.

Untuk menggunakan platform blog wordpress dengan nama laman web sendiri seperti evolutionincome.we, anda perlu membeli nama domain sendiri seperti yang ada .com, .net, .org, .we dan sebagainya, dan dihoskan oleh pembekal perkhidmatan internet. Tapi, anda harus ingat bahawa nama domain yang anda mahu daftarkan itu mestilah sama atau berkait dengan topik blog anda. Contohnya, jika blog buat duit online anda bertopik tentang tips menjaga kesihatan, anda boleh buat domain seperti tipsjagakesihatan.we.

Sekiranya anda ingin mendaftarkan nama domain dan perlukan server hosting, saya sangat menggalakkan anda untuk membelinya dari Website.ws. Saya sudah mempunyai banyak nama domain dan laman web dari mereka dan berasa sangat puas hati dengan perkhidmatan yang disediakan. Di samping itu anda akan mendapat faedah pendapatan melalui program GDI - Global Domains International-, maklumat lanjut klik sini. Untuk permulaan, anda boleh membeli Personal & Student Web Hosting dengan kadar rendah tahunan/bulanan. Blog wordpress dapat dibuat dengan mudah menggunakan skrip install Softaculous yang sudah disediakan pada cPanel domain anda.

Banyak yang boleh diperkatakan tentang pengunaan wordpres. Mungkin pada masa akan datang saya akan menulis dengan lebih panjang lebar lagi tentang bagaimana untuk buat duit online dengan blog wordpress dengan nama domain sendiri. Pada siri yang akan datang, saya akan memperkatakan tentang cara menulis blog untuk buat duit online.


Dualmine.com Multiple your Bitcoin & Ethereum

Bisnes Rm10 Untung je Beb

Dikuasakan oleh Blogger.

Translate