30 Mac 2015

 Isnin, Mac 30, 2015      , ,
Sebelum menulis untuk blog yang akan buat duit online, anda perlu memilih satu topik khas yang ingin ditulis. Perlu diingat bahawa topik khas yang ingin anda tulis mestilah sesuatu yang mampu menarik minat pembaca untuk berkunjung ke blog anda dan kembali lagi pada masa-masa akan datang (kalau boleh, setiap hari)


Pemilihan topik sama pentingnya dengan perancangan awal untuk blog buat duit online yang anda tulis. Ada banyak perkara yang boleh difikirkan untuk menentukan topik yang dipilih. Ia berbeza bagi setiap penulis blog dan perlu berkait rapat dengan kehidupan seharian anda. Jika tidak, apa yang anda tulis itu tidak akan menarik dan tidak ada keasliannya.

Pemilihan Topik Blog Buat Duit Online

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh menjadi panduan dalam pemilihan topik yang akan anda tulis pada blog yang bertujuan untuk buat duit online untuk anda.

1. Minat dan kecenderungan.

Tiada siapa pun yang arif tentang minat dan kecenderungan sendiri selain tuan empunya diri. Jika, misalnya, anda minat memasak, anda boleh kongsikan resepi dan cara memasak di blog anda. Lebih baik jika disertakan gambar serta video kerana ia bukan sahaja menarik minat pembaca malah akan mengajak pembaca untuk berada di blog anda lebih lama.

Perkara-perkara yang anda cenderung untuk buat dan amat minati memang senang ditulis kerana ia datang secara semulajadi kepada anda. Jika anda selalu menonton drama-drama TV, contohnya, ia juga boleh dijadikan topik blog, di mana anda boleh menulis komen dan kritikan sendiri terhadap drama yang telah ditonton.

Jika minat serta kecenderungan anda lebih dari satu atau dua, senaraikan sahaja semuanya dan teliti yang mana satu boleh ditulis dengan baik dan sekaligus dapat menarik pengunjung datang ke blog anda.


Pemilihan Topik buat duit2. Kerjaya

Bidang kerjaya yang diceburi amat sesuai untuk dijadikan asas untuk pemilihan topik blog yang ditetapkan untuk buat duit online anda. Sekiranya anda seorang guru, anda boleh menulis tentang cara-cara pembelajaran yang berkesan dan boleh memberikan tips-tips yang berguna untuk pembaca.

Kredibiliti seorang penulis itu lebih baik jika apa yang ditulis itu bersesuaian dengan kerjayanya. Akan tetapi, bukan semua bidang kerjaya boleh dijadikan topik blog. Maka, pilihlah asas topik blog yang lain yang berkait dengan minat dan kecenderungan anda, seperti yang telah saya nyatakan di atas.

3. Hobi

Semua orang ada hobi masing-masing. Jika anda mempunyai hobi yang menarik, anda boleh berkongsi melalui blog buat duit online anda. Sebagai contoh, anda mungkin minat mengumpul barangan antik, anda boleh menulis tentang sejarah barang-barang antik yang anda miliki dan berkongsi maklumat tentang cara-cara penjagaan barangan antik. Jika anda seorang yang minat memancing, mungkin anda boleh menulis tentang pengalaman anda memancing dan juga tentang pelbagai kaedah memancing.

Seorang yang suka melancong boleh menulis tentang tempat-tempat yang telah dikunjungi yang boleh menjadi panduan pembaca.

Hobi yang menarik akan menarik perhatian ramai pengunjung. Ia juga memberi peluang kepada anda untuk berinteraksi dengan pembaca yang mempunyai hobi yang sama. Ini sekaligus dapat memberi inspirasi kepada anda untuk menulis lagi dengan lebih kerap.

4. Pekerjaan Sambilan Selain Dari Kerjaya Tetap

Mungkin anda seorang ahli pemasaran Multilevel Marketing (MLM). Anda boleh menulis topik blog mengenai produk-produk yang anda pasarkan. Jika anda seorang jurugambar sambilan, topik blog anda sudah semestinya mengenai fotografi. Kongsikan pengalaman dan tips-tips yang menarik tentang kerjaya sambilan anda. Pasti ramai yang akan mengunjungi blog anda dan dapatlah anda buat duit online dengan hanya menulis tentang pekerjaan sambilan anda.

5. Isu Semasa

Anda mungkin seorang yang amat berminat dengan isu-isu semasa dan menjadi salah seorang yang dapat memberikan komentar yang baik tentang sesuatu isu. Anda boleh menulis tentang pendapat dan komentar anda tentang isu-isu semasa di blog. Pelbagai isu yang boleh anda tulis pada blog buat duit online anda. Contohnya, isu politik dan kemasyarakatan yang menjadi bualan media. Selain itu, isu-isu sosial dan hiburan juga boleh anda tulis. Sesiapa pun mempunyai hak kebebasan bersuara di internet, asalkan ianya dibatasi oleh etika yang baik. Biasanya, jika anda menulis tentang isu semasa, ramai yang akan turut serta dalam perbincangan atau perdebatan tentang isu yang anda utarakan. Ini akan menjadikan blog anda dilawati dengan kerap. Cuma, pastikan isu yang dibincangkan atau didebatkan itu tidak melibatkan pelanggaran undang-undang dan peraturan yang ada.

6. Perkara Yang Anda Benar-Benar Ambil Berat

Anda mungkin seorang pencinta alam sekitar dan mahu mengajak ramai yang lain untuk turut serta dalam kempen memelihara alam sekitar. Atau, anda inginkan agar tradisi dan budaya dikekalkan dan dipelihara. Blog boleh menjadi medium yang baik untuk tujuan itu. Ia mampu menarik ramai pembaca yang mempunyai pemikiran yang serupa dengan anda.

Saya yakin anda mengunjungi bermacam-macam jenis blog setiap kali melayari internet. Blog yang berjaya menarik minat anda sememangnya akan menjadi kunjungan anda dengan kerap. Bagaimana jika anda penulis blog tersebut? Apakah yang anda fikirkan boleh anda tulis dengan baik, mampu menarik minat pengunjung, dan membolehkan anda buat duit online? Fikirkan satu topik sahaja yang boleh dicabangkan kepada perkara-perkara lain yang masih berada dalam skop yang sama. Tulis pada buku nota atau kertas sebagai panduan.

Suka saya ingatkan lagi bahawa blog yang anda akan tulis ialah blog untuk buat duit online dan bukan untuk suka-suka. Ini bisnes sambilan baru anda; anda mahu mendedikasikan masa dan usaha anda agar blog ini berjaya menjana pendapatan yang memberansangkan.

Pada siri yang akan datang, saya akan menulis tentang bagaimana menubuhkan sebuah blog yang baik dan menarik dengan meggunakan blogger, wordpress.com dan wordpress.org. Selamat berjaya!


Pelaburan Terbaik 2017

Jual Beli Bitcoin Malaysia

Pengedar/ejen frenz diperlukan

Bisnes Rm10 Untung je Beb

Dikuasakan oleh Blogger.

Translate