
1. Topik Pilihan
Dalam artikel yang lepas pada siri buat duit online dengan blog ini, saya telah menerangkan tentang pemilihan topik. Anda haruslah menulis dalam ruang lingkup skop topik yang telah dipilih. Usahakan agar penulisan anda unik untuk pengunjung blog dan dapat menarik perhatian mereka untuk membacanya.
2. Tajuk Menarik
Tajuk artikel amat penting kerana tajuk yang ditulis akan menentukan sama ada pembaca akan terus ke perenggan yang pertama dan seterusnya. Pastikan tajuk anda dapat menangkap minat pengunjung blog anda untuk membacanya.
3.Ringkas dan Padat
Artikel blog biarlah pendek. 400 – 500 patah perkataan sudah memadai. Biar artikel anda ringkas tetapi padat dengan maklumat berkisar topik yang dipilih.

Pembacaan pada skrin komputer dan media cetak jauh bezanya. Menurut kajian, pembaca hanya akan mengimbas tulisan pada komputer dan hanya membaca yang perlu sahaja. Baris perenggan tidak perlu panjang agar dapat dibaca dengan mudah.
5.Imej Berkaitan
Hasil tulisan pada blog buat duit online anda akan lebih menarik jika ada gambar yang berkaitan. Jika tiada gambar berkaitan, boleh juga letakkan ilustrasi, kartun, dan imej yang ada kaitan dengan tajuk artikel anda.
6.Ajak Pembaca Melakukan Sesuatu
Fikirkan situasi pembaca anda semasa menulis. Berikan mereka sesuatu yang mereka dapat lakukan selepas membaca artikel anda. Anda boleh bertanya soalan atau meminta komen. Juga tidak salah jika anda meminta pembaca untuk datang lagi pada masa akan datang.
7.Unsur Manusiawi
Biarlah penulisan blog anda ada unsur-unsur manusiawi seperti emosi, jenaka, spontan, dan sebagainya. Ia juga akan dapat menarik pembaca sasaran anda untuk kembali lagi ke blog anda pada masa akan datang.
Begitulah serba sedikit tentang bagaimana menulis artikel untuk blog anda. Seperti yang saya katakan tadi, saya bukanlah seorang penulis blog yang profesional tapi inilah hasil dari bacaan dan kajian saya terhdapap blog-blog yang sudah berjaya buat duit online. Saya percaya penulisan artikel blog yang menggunakan panduan di atas akan dapat menarik penggunjung serta pembaca dan tidaklah anda menjadi seperti bercakap dengan diri sendiri sahaja di blog anda.
Pada artikel akan datang saya akan menulis tentang beberapa cara yang mudah untuk buat duit onlinedengan blog anda. Kali ini ia mengenai penjanaan pendapatan online di blog anda. Selamat berblog!
