Salam sejahtera dan tahniah kerana anda memilih SFI .Sebelum saya menerangkan kaedah memulakan bisnes SFI , suka saya memaklumkan bahawa tujuan saya menulis artikel ini bukanlah untuk mengajar anda yang telah mahir dalam internet marketing.Tetapi ianya lebih untuk membantu affiliate-affiliate baru yang kekurangan masa untuk membaca dan untuk yang mereka kurang mahir dalam bahasa Inggeris di dalam program SFI.
Ini adalah berikutan banyak email-email yang saya terima bertanyakan perkara-perkara yang sememangnya ada tertulis di dalam Affiliate Center itu sendiri. Secara ikhlas saya menyatakan tujuan saya menyertai SFI adalah untuk menjana pendapatan yang berterusan dalam US Dollar. Sekiranya saya tidak membantu anda untuk berjaya , secara tidak langsung , saya juga tidak akan berjaya dalam bisnes ini.
Begitu juga halnya dengan anda. Sekiranya anda membiarkan affiliate-affiliate tajaan anda teraba-raba tak tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya , anda juga tidak akan berjaya dalam bisnes ini. Jadi anda boleh kongsikan artikal ini kepada kesemua affiliate-affiliate anda dengan percuma. Atau anda boleh perbaiki isi kandungan artikal ini asalkan ianya tidak bercanggah dengan panduan dan peraturan-peraturan yang di susun olah SFI.
Potensi mendapat pendapatan yang lumayan dari SFI sememangnya tidak mustahil bagi semua affiliate-affiliate yang menyertai program ini. Cuma yang membezakan yang berjaya dengan yang tidak berjaya adalah kepercayaan masing-masing dan komitmen terhadap perniagaan mereka di SFI. Sekiranya anda masih ragu-ragu tentang potensi perniagaan ini , saya nasihatkan anda jangan tinggalkan terus SFI . SFI affiliate center menyediakan banyak maklumat dan ilmu bagi anda yang baru dalam perniagaan internet. Anda dapat maklumat-maklumat dan ilmu-ilmu ini secara percuma.Saya dah banyak koleksi ebook tentang internet marketing.Ada yang saya beli dan ada yang saya dapat percuma.
Apabila saya meng"explore" bahagian-bahagian yang tersedia didalam SFI affiliate center, saya mendapati banyak ilmu dan maklumat yang saya dapati daripada ebook yang saya baca terdapat disini .Jadi anda tak perlu bazirkan duit dan masa untuk mendapatkan ebook-ebook berhubung dengan bagaimana menjana wang di internet. Anda boleh rujuk di Training Library SFI. Bagi anda yang baru dalam internet marketing jadikan Training Library sebagai tempat menimba pengetahuan.
Semasa anda mula-mula memasuki SFI affiliate center , anda mungkin jadi keliru atau tension apabila anda lihat terlalu banyak yang perlu di baca. Perkara ini berlaku kepada saya semasa saya mula-mula join program ini. Tetapi saya memberi diri saya masa untuk menelaah sedikit-demi sedikit. Dalam beberapa hari saya dah faham apa yang perlu saya buat .
Anda tidak perlu mengetahui semua perkara untuk memulakan kempen promosi anda. Yang lain anda boleh belajar kemudian. Sehingga hari ini masih ada lagi section yang belum saya baca. Tetapi kempen promosi saya menampakkan kemajuan. Dan saya juga dah merasa komisyen saya dari SFI. Walaupun tidak banyak tapi ia nya telah membuktikan kepada saya bahawa SFI sememangnya membayar komisyen seperti mana yang di janjikannya. Bagi anda yang masih tidak perasan atau tidak tahu , SFI telah beroperasi semenjak tahun 1985 lagi. Dan berkecimpung dalam Internet marketing kira-kira 17 tahun . Cuba anda bandingkan dengan syarikat-syarikat atau program-program internet income yang lain. SFI sudah "establish" agak lama dan ia merupakan veteran dalam industri ini.Dari mana saya tahu maklumat ini?....Semuanya ada di SFI affiliate center sekiranya anda rajin membaca.
Jadi bagi anda yang kurang keyakinan tadi tu saya harap , sekarang ni dah mula yakin dengan SFI.
PERHATIAN : Panduan ringkas ini adalah untuk membantu anda memulakan kempen penjanaan pendapatan secepat mungkin. Anda di nasihatkan membaca segala ilmu dan maklumat yang ada di sediakan di SFI affiliate center sedikit demi sedikit. Sekiranya anda kurang memahami Bahasa Inggeris , saya tetap menggalakkan anda membaca maklumat-maklumat yang disediakan. Kalau tak faham semua , dapat faham sedikit pun jadilah. Ini lebih baik daripada anda tidak faham langsung. Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana bahasa yang bakal saya gunakan bukanlah bahasa buku . Saya lebih selesa mengunakan bahasa yang bersahaja. Lagi pun artikal ini saya kongsikankan bukanlah untuk di niagakan tetapi sebagai maklumat bantuan kepada sesiapa yang menjadi affiliate tajaan saya. Namun begitu anda tidak dilarang untuk mengedarkan panduan ini kepada affiliate tajaan anda nanti.
Saya ucapkan tahniah kerana anda telah menyertai SFI.
Saya tidak mengenali anda secara dekat dan saya tidak tahu sejauh manakah penglibatan anda di dalam internet marketing. Tujuan saya menulis panduan ini adalah bagi membantu affiliate baru yang menghadapi masalah memahami penerangan dan panduan-panduan yang disediakan oleh SFI di SFI Affiliate center.
Sekiranya anda seorang yang mahir berbahasa Inggeris dan juga mahir dalam internet marketing panduan ini saya rasakan berguna untuk anda membantu downline affiliate yang bakal anda taja nanti. Saya cadangkan anda menyimpan link panduan ini dan memberikan kepada setiap affiliate baru yang anda taja. Maksud saya kepada affiliate-affiliate dari Malaysia yang kurang mahir berbahasa Inggeris.
Saya pasti apabila anda sudah ramai menaja affiliate baru , ada diantara mereka akan bertanya banyak soalan yang saya pasti anda tidak akan termampu melayan kesemua email-email mereka. Jadi , untuk memudahkan mereka memahami system didalam SFI ini , maka saya membuat keputusan untuk menerbitkan panduan ringkas ini bagi membolehkan mereka memulakan kempen pengiklanan dan menjana pendapatan secepat mungkin.
SEDIKIT PENGENALAN BAGI ANDA YANG MERAGUI KREDIBILITI SFI
1) SFI telah ditubuhkan semenjak 1985 lagi. Ia adalah salah sebuah syarikat yang mengamalkan internet marketing kira-kira 18 tahun lamanya. SFI merupakan syarikat yang bebas hutang dan diantara yang terkukuh di US.
2) SFI merupakan system affiliate yang mengamalkan system multilevel marketing.
3) SFI tidak seperti program-program lain diinternet yang menjanjikan pulangan yang cepat dan mengenakan bayaran untuk anda memulakan perniagaan. SFI menyediakan semua maklumat dan ilmu percuma serta banyak tools percuma untuk anda menjana pendapatan di internet.Terpulanglah kepada anda , samada anda nak berjaya atau tidak.
4) SFI bukannya skim cepat kaya yang mana anda labur sekali , kemudian duduk diam tanpa berusaha, tahu tahu dapat untung besar..Jika anda jenis yang begitu , SFI bukan untuk anda.
5) SFI mempunyai reputasi yang baik dan tidak pernah menipu affililiate yang bekerja untuknya.Pembayaran komisyen tidak pernah gagal dan setiasa menepati janji.
6) SFI adalah salah satu sumber pendapatan affiliate marketer yang terkenal di dunia seperti EWEN CHIA dari Singapura( beliau bergelar World's No.1 Affiliate Marketer) dan STONE EVANS dari US(Beliau terkenal dengan PLUG IN PROFIT SITEnya).
Ada banyak kelebihan SFI yang tak ada pada affiliate program yang lain .Di antara yang paling suka ialah syarat untuk melayakkan kita mendapat bonus setiap bulan adalah diantara syarat yang terendah didunia.
Kalau anda bandingkan dengan syarikat-syarikat MLM di Malaysia sendiri , SFI adalah yang saya kira termurah.Kenapa saya kata begitu? Cuba anda tanya sesiapa yang pernah melibatkan diri dalam perniagaan MLM di CNI , K-LINK , AMWAY , ALKEN , OMEGA TREND dan lain-lain lagi. Tanya mereka berapakah kos jualan atau belian peribadi yang mereka perlu mereka buat untuk melayakkan mereka mendapat bonus/komisyen setiap bulan?........Jawabnya diatara RM 220 ke RM400 setiap bulan.Bonus dan komisyen yang diperolehi adalah dalam RM juga. Nak tahu berapa yang SFI syaratkan untuk mendapat bonus setiap bulan?....Hanya serendah RM 105 sahaja sebulan atau USD 29.95.
Tapi bonus dan komisyen dalam USD (USD 1 = RM 3.50). Jadi cubalah fikir-fikirkan. Saya tidak menyuruh anda percaya bulat-bulat tentang apa yang saya perkatakan. Saya sememangnya menggalakkan anda study system SFI secara menyeluruh di SFI affiliate center. Di situ anda akan dapat banyak pengetahuan dan maklumat yang amat berguna. Bukan saja untuk berjaya di SFI tetapi juga untuk anda berjaya didalam program-program lain di Internet.
PANDUAN UNTUK ANDA
Berikut adalah panduan ringkas tapi memang berkesan dan mendatangkan hasil yang lumayan kalau anda lakukan secara berterusan. Sebab saya sendiri dah buat dan mendapat hasil yang memuaskan. Saya nasihatkan anda copy dan print panduan ini utk kemudahan anda merujuk nanti.
1) Pertama sekali , update maklumat2 peribadi anda di MY ACCOUNT section. Sekiranya semua maklumat yg diperlukan sudah anda isi dengan tepat, ok la. Tapi sekiranya anda ada membekalkan maklumat yang salah, palsu atau tidak tepat , kemungkinan besar anda tak akan dapat bonus/komisyen.Jadi betulkan sekarang.
Klik link berikut : https://www.sfimg.com/MyAccount/AccountInfo.sfi
2) Sila pilih cara penerimaan komisyen/bonus anda dengan cara SFI Cash Card.Apabila komisyen anda dah mencecah USD 50 , SFI akan menghantar kad debit SFI cash card. Bagi kali pertama SFI akan tolak USD 10 sebagai fee pemerosesan kad tersebut(sekali sahaja).Bulan-bulan berikutnya anda akan terima komisyen terus kedalam akaun SFI Cash Card. Awak boleh keluarkan duit dalam RM dimana-mana ATM diMalaysia.
Jangan pilih cek sebagai cara perimaan komisyen/bonus.Sebab bank akan kenakan caj untuk memindahkan duit dari US kedalam akaun bank anda. Lagi pun memakan masa sebulan baru nampak duit tu dalam akaun.
Klik link berikut : https://www.sfimg.com/MyAccount/AccountInfo.sfi
3)Study Compensation Plan betul-betul. Di situ anda akan nampak potensi pendapatan akan datang anda di dalam bisnes SFI ni.
Klik link berikut :
https://www.sfimg.com/Reference/CompPlanNbp1.sfi
https://www.sfimg.com/Reference/CompPlanNbp2.sfi
https://www.sfimg.com/Reference/CompPlanNbp3.sfi
https://www.sfimg.com/Reference/CompPlanNbp4.sfi
https://www.sfimg.com/Reference/CompPlanRC.sfi (komisyen jualan)
4)Masuk ke section Marketing Aids---- Di situ ada banyak website yang dah di endorsekan dgn nombor
ID anda .
Perhatian: Jangan iklankan website""Click Bucks"" - kalau anda iklankan website ini anda hanya dapat diantara 1 ke 4 USD bagi setiap affliate yang join melalui anda. Tapi semua manfaat yang dinyatakan dalam Compensation plan , anda tak akan dapat. Dan affiliate yang anda taja akan diberi kepada EA yang menyertai Eagle Co-op.Untuk lebih detail sila rujuk syarat-syarat Click Bucks.
Klik link berikut : https://www.sfimg.com/Reference/CompPlanCB.sfi Ada dua jenis gateway website yg anda boleh iklankan.
a) website utk menaja
b) website utk menjual produk SFI.
Klik link berikut : https://www.sfimg.com/Resources/Marketing/MarketingAids.sfi Anda boleh promosikan kedua-duanya sekali dalam satu iklan email.Hanya copy dan paste url website-website tersebut kedalam iklan email anda tu. Sebelum tu anda boleh mendapatkan kata-kata text ads di bahagian ''text ads'' yang disediakan utk anda. Kalau anda nak iklan kan dalam bahasa melayu pun boleh , tapi biarlah bertepatan dengan apa yg SFI tawarkan.
5) Dimana anda perlu iklankan?Ada banyak cara.Ianya bergantung kepada kemahiran anda dalam didalam internet marketing.
a) Cara yg paling mudah--- iklankan di Yahoo Groups. Anda perlu join banyak yahoo groups dulu baru boleh hantar email iklan anda. Saya iklankan kepada 200 yahoo groups setiap hari. Secara purata setiap yahoo groups ada 3000 ahli . Kalau 200 yahoo groups yang andak join , anda dah ada 600,000 orang prospek yg boleh iklankan setiap hari.
Tapi setiap hari tambah keahlian yahoo groups anda supaya lebih ramai ahli boleh nampak iklan anda.
Klik link berikut : http://groups.yahoo.com/
Bagaimana nak join yahoo groups ni? Pertama sekali anda perlu buka email account di Yahoo. Kemudian baru join Yahoo groups yang ada. Banyak yahoo groups yang anda boleh join. Setiap kali setelah anda join yahoo group tersebut , masukkan alamat-alamat email group yg anda dah join ke dalam contact list atau address list email yahoo anda. Jadi setiap kali anda nak hantar email iklan ke yahoo groups , tick setiap alamat email group-group tersebut kemudian baru karang iklan anda.Sebelum anda hantar email tu , save kan sebagai draft dulu.Jadi bila nak hantar email lagi tak perlu karang semula.Saya galakkan anda buat 5 atau lebih iklan yg berbeza-beza tajuk nya. Kerana setiap pembaca mempunyai naluri yg berbeza.Jadi setiap kali anda emailkan iklan pastikan email yg anda hantar tu berbeza. Selepas beberapa hari anda akan dapat rasa, email yang mana mendapat banyak respon daripada ahli-ahli yahoo groups. Jadi anda barulah ubah strategi. Lebihkan mengirim email yang banyak dapat respon drpd email yang lain.
Untuk berjaya dalam kempen email marketing di yahoo group ini , anda perlu hantar email tidak kurang dari 6 kali sehari .Saya sendiri hantar email lebih dari 10 kali sehari.Bukannya susah, click mouse button aje. Tapi jarakkan sekurang kurangnya 20 minit selepas email yg sebelum nya. Kalau anda buat berturut-turut , nanti yahoo akan gantung akaun anda 48 jam. Waktu yang bagus ialah diantara pukul 7.00 pagi sehingga 6.00 petang.Selepas tu bukan tak boleh , tapi pengahantaran email jadi sangat lambat sebab selepas pukul 6.00 petang ramai part time internet marketer mula hantar email iklan mereka.
Selain daripada yahoo groups , anda juga boleh join group-group gmail dan MSN. Tapi anda kena tahu syarat dan peraturan mereka sebelum menghantar email.
b) Cara lain yg anda boleh iklan kan ialah di website-website iklan percuma dan berbayar tempatan. Ada banyak juga website iklan yg boleh anda gunakan. Anda boleh mengakses website-website ini dengan mencari di google , yahoo , msn dll.
c) Cara yg paling popular dan kena pakai duit dalam USD ialah pay per click (PPC) advertising. Contohnya google adwords, yahoo , MSN , alta vista dll.Untuk ini saya ada sertakan buku panduan mengiklan di google adwords. Anda kena belajar betul-betul dulu sampai faham baru iklankan. Kalau tidak anda akan habiskan duit membuta tuli aje.
d) Anda juga boleh menaja dengan cara offline, iaitu dgn cara berjumpa kawan-kawan atau sesiapa saja dan mempelawa mereka melayari website SFI anda. Di section marketing aids, telah disediakan flyer atau risalah iklan yang telah tercetak url website SFI anda. Anda boleh download file-file PDF tersebut,ada 4 ke semuanya. Kemudian anda print dan photostat sebanyak yang anda mampu untuk anda edarkan. Anda boleh juga karang flyer dalam versi bahasa melayu .Cara ini lebih berkesan dan mudah medapat keyakinan orang ramai yang mana anda boleh terangkan sendiri dengan membawa mereka ke cyber cafe atau komputer riba ditempat yg ada hot spot streamyx.
Klik link ini : https://www.sfimg.com/Resources/Marketing/MarketingAids.sfi (kemudian klik “flyers”)
e) Paling popular social marketing adalah dari Facebook. Anda boleh update status dengan mempromosikan link2 anda, promosi produk2 di Triple Click yang mempunyai 77890 produk yang memberi komisen terus ke akaun anda. Kaedah lain pengiklanan di Facebook adalah buat group dan fan page..semua sistem ini adalah percuma dan tiada kos untuk anda. Kat Twitter pon leh promote gak dengan follower2 anda. Gunakan manfaat yang sedia ada dengan sedikit pembaharuan dari anda.
PANDUAN MENJADI KAYA DENGAN PROGRAM AFFILIATE SFI
Jadi kesimpulannya, untuk menjadi kaya di SFI ialah ( ini panduan yg diberikan oleh upline saya Stone evans, affiliate marketer yg terkenal di dunia- Plug In Profit Site. Pendapatannya di SFI sahaja lebih USD 40,000 sebulan dan semakin meningkat setiap bulan).
1) Setiap bulan jadi EA (executive affiliate-Setiap bulan kena kumpul 1500 VP)-- dengan membeli atau menjual produk SFI sebanyak 1500VP atau lebih. Klik disini. Sekiranya anda mahir menjual di internet, anda boleh iklankan website-website produk SFI untuk membuat jualan. Apabila jumlah jualan yang anda buat mencapai 1500 VP atau lebih, anda layak menjadi EA bagi bulan tersebut, tanpa perlu keluarkan duit untuk membeli sendiri. Dan anda perlukan jualan dengan jumlah VP yang sama setiap bulan. Bagi anda yang tidak mahir menjual di internet , maka cara yang termudah untuk jadi EA ialah dengan membeli sendiri produk2 di Triple Click atau terus membeli TCredit 125 TC automatik dapat 1500 VP. Ingat, jangan tersalah beli, jika anda membeli produk yang jumlah nya kurang dari 1500VP daripada pembelian bulanan , anda tidak layak jadi EA. Anda perlu membeli sekurang-kurangnya 1500 VP setiap bulan untuk maintain status EA.
Peringatan : Sekiranya anda gagal maintain status EA anda setiap bulan, anda akan kehilangan semua powerline atau auto downline yang masuk dibawah anda dari seluruh dunia. Dan bukan itu saja, semua manfaat-manfaat bonus yang disediakan untuk EA akan terbatal sehinggalah anda memperbaharui pembelian 1500 VP anda. (setiap EA di beri tarikh luput atau deadline untuk memperbaharui belian 1500 VP. Sebagai contoh: Sekiranya pada bulan ini anda membeli 1500 VP pada 10 hari bulan, maka sebelum 10 hari bulan berikutmya anda perlu membeli lagi 1500 VP).
Apa itu Power line? Power line ialah affiliate-afiliate yang menyertai SFI kemudian daripada anda. Tak kira siapa yang menaja affiliate tu, mereka tetap berada dibawah anda. Bagaimana anda dapat manfaat daripada Powerline ini? Anda mendapat sebahagian daripada untung yang SFI buat daripada jualan atau belian yang di buat oleh setiap affiliate di bawah anda dari seluruh dunia.Tak kiralah affiliate tu jadi EA atau tidak.Asalkan ada belian atau jualan yang di buat oleh afiiliate-affiliate tersebut anda akan dapat kongsi anda. Tetapi EA yang menaja sendiri affiliate-affiliate tersebut sudah tentunya mendapat perkongsian untung yang lebih besar.(Sila rujuk Compensation Plan untuk lebih detail)
Anda tentu boleh bayangkan, semakin lama anda aktif sebagai EA di SFI semakin banyak affiliate dibawah anda. Bermakna pendapatan anda setiap bulan semakin bertambah.---bulan demi bulan dan tahun demi tahun. Sekarang anda dah mula nampak potensi pendapatan masa depan anda di SFI? Sudah saya sebutkan tadi, EA yang yang menaja sendiri akan dapat lebih banyak pendapatan daripada EA yang hanya membeli 1500 VP setiap bulan dan kemudian duduk diam tak menaja. Di sini lah letaknya kelebihan menaja. Bagaimana nak taja? Sudah saya ceritakan tadi. Jadi iklankan lah sekerap mungkin website-website yang disediakan untuk anda tu.
Untuk membeli produk SFI , anda perlu ada kad kredit atau kad debit. Bagi anda yang tidak mempunyai kad kredit , SFI menerima belian sekiranya anda menggunakan kad debit Visa. Salah satu contoh kad debit Visa Ialah Kad ATM Bank Simpanan Nasional - VISA ELECTRON. Kad ATM ini juga di kenali sebagai BSN MATRIX. Bagi anda yang masih tiada kad kredit atau kad debit VISA ELECTRON BSN , anda digalakkan membuka akaun di BSN dan segali gus memohon untuk kad ATM VISA ELECTRON BSN. Selain daripada kad debit VISA ELECTRON BSN , kad debit Visa bank-bank tempatan yang lain juga diterima.
Sebelum membeli pastikan jumlah baki didalam akaun bank anda itu melebihi sekurang-kurangnya RM10 daripada nilai harga produk SFI yang ingin anda beli. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin membeli langganan IAHBE (International Association of Home Business Entreprenuers) yang berharga USD 29.95 yang bernilai lebih kurang RM 101.82 ( USD 1.00 = RM 3.50) , maka baki akaun akaun anda mestilah melebihi RM 105.00.
Produk apakah yang sesuai untuk anda beli?
Bagi anda yang baru bermula dengan modal kecil , saya cadangkan anda melanggan:
a) IAHBE (Persatuan Antarabangsa Usahawan Perniagaan dirumah) .
Ia adalah produk tertinggi pembelian dan sistem program pembelajaran, perkembangan, support dan stetegi buat bisnes dari rumah dengan kaedah yang terbaik.
b) TCredit Pak (125 TCredits) 1,500 VP (VersaPoints)
Buy product, aution biding, maintain EA
c) S-Builder Co-op Unit
Global advertising co-op
d) WAVE3 Starter Kit
Membership Triple Click get free TCredit and MRP
Diatas berikut adalah senarai produk2 terbaik untuk Affiliate SFI dan Triple Click yang paling popular dan mendapat sambutan ramai..boleh klik link berkenaan untuk maklumat lebih lanjut.
2) Menaja setiap hari, setiap bulan mesti ada sekurang-kurangnya 1 EA baru dibawah tajaan peribadi anda. Kalau nak lebih cepat dapat income besar, usaha lebih kuat lagi. Cuba dapatkan 5 atau lebih EA setiap bulan. Jangan mudah putus asa sebab income yang anda dapat bukan dalam RM tapi dalam USD.(1 USD = RM 3.40)...Banyak tu. Sebagai panduan - anda mungkin dapat 1 EA selepas ada 50 affiliate. Jadi utk dapat 1 EA , anda mesti taja 50 ke 60 Affiliate. Nampak macam susah kan, tapi tak lah susah mana untuk dapatkan downline, janji ada usaha pasti ada pencapaian. Kalau anda buat macam saya buat, insyaallah boleh tercapai.
3) Ajar downline anda buat kerja seperti anda. Untuk melaksanakan langkah ini setiap hari anda perlu study maklumat-maklumat di SFI affiliate center. Anda mesti baca walaupun tak berapa faham. Faham sedikit lebih baik drpd tak faham langsung. Kenapa perlu ? Untuk kaya dan mendapat pendapatan yang banyak di SFI atau mana-mana multi level marketing company, anda tidak cukup dengan sekadar menaja banyak ahli. Banyak ahli saja tapi tak tahu nak buat kerja pun tak kan menjadi. Dalam kata lain, sebelum anda berjaya , anda kena ada usaha, rajin, fokus, berkemonikasi dengan affiliate anda dan juga tawakal. Saling bantu membantu downline anda berjaya dahulu, barulah kejayaan yg bakal anda kecapi, insyaallah menjadi pasti. Jadi untuk itu anda mestilah ada ilmu, yang mana sedikit sebanyak boleh membantu downline-downline anda apabila mereka memerlukannya. Dalam kata lain anda perlu tiru apa yang saya buat. Saya rasa apa yang saya terangkan tadi sedikit sebanyak dapat memecahkan kebuntuan yg anda hadapi. Dan saya harap apa yang saya terangkan tadi dapat mencetus keazaman yang kuat kepada anda untuk berjaya dalam SFI.
Jangan berlengah lagi. Mula bertindak sekarang!!!
Tujuannya ialah untuk memudahkan anda bertanya lebih banyak lagi dalam masa yang pendek dan mudah faham. Jangan takut , tak pakai duit pun. Free aje. Seperkara lagi anda perlukan kedua-duanya kerana Kelebihannya perbualan lebih jelas dan lancar. Tak tergendala macam Yahoo messenger. Dalam masa yg sama anda perlukan Yahoo Messenger kerana ianya berkemampuan memindahkan fail-fail yg besar yg tak boleh dilakukan oleh skype dan email biasa. Sebab saya ada video program yang boleh membantu anda nampak jelas apa yang anda tak faham. Video ini juga boleh anda gunakan untuk membantu downline downline anda nanti. Jadi kerja anda akan menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa.
Ok saya harap anda buatlah apa yang saya katakan tadi untuk mencapai matlamat anda di SFI. Insyaallah di lain masa, saya akan update kan lagi panduan untuk anda yang telah bersama-sama dengan saya dalam program SFI ini. Akhir kata dari saya, bila kita menyedari peluang yang ada, gunakan dan sahut lah peluang itu dan jangan sesekali berputus asa setiap usaha yang kita lakukan. INGAT pesanan saya, jangan tafsir pandangan sendiri sebelum menemui kesudahannya. "Jangan pandang pada yang benar, Pandanglah disebalik yang benar, Jika benar itu mengaburi kebenaran. Selamat Berjaya, Wassalam..
Tip yang baru jer join: Tip menjadi Executive Affiliate SFI (EA) dalam 1 hari sahaja!!
PADA YANG MASIH BELUM LAGI MENDAFTAR SEBAGAI AFFILIATE SFI DAN INGIN MENDAPATKAN PENDAPATAN SAMPINGAN BOLEH ISI BORANG DISINI :-
Get started quick, easy, and FREE!